Wednesday 21 December 2011

Kerja Baru

Assalammualaikum 

A very good morning to all. 

An old photo of us. One of the most romantic i guess. haha!

Another Wordless Wednesday? Umm.. I dont think so. Hehe. 

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Beberapa hari je lagi kan? Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik gak, dah nak habis cuti sekolah which is NOOOOOOOOOOOOOOOO! Tetibe meroyan plak. Haha..

Speaking of sekolah, umm.. Belum kasi tahu pada belog kan yang tahun hadapan saya akan berpindah ke sekolah baru? Well yeah. Starting on next year, saya akan dapat sekolah baru. Syukur alhamdulillah. Sekolah baru lebih dekat. Sebelah rumah. 3 minit perjalanan berkereta. Dah test drive dah. Haha.. Tapi next year mungkin saya akan berbasikal. Lebih sihat dan environment friendly gitu. Cess! Haha..

Tahun baru ini bakal memberi pengalaman baru buat saya dan suami. Banyak perkara baru yang bakal kami lalui dan saya sendiri tak tahu bagaimana kami menempuhinya. Bagaimana saya menempuhinya. Mampukah saya? Mampukah suami? Heee.. jangan dramatik sangatlah. 

Rutin hidup kami mungkin akan berubah selepas ini. Harap- harap ini akan menguatkan tali silaturrahim antara kami. <<<<<-------- Apa yang kau merapik ni ha??? Haha.. Ini namanya isteri giler boring dok rumah sensorang. 

Tapi, I'm kinda like this moment. Setiap pagi saya bangun seawal 5 pagi nak buat breakfast. Jangan nak yopo- yopo (poyo-poyo) sangatlah. Orang lain bangun 4 pagi tak bising pun. Eh, kau apa tau? Aku tak biasa tau? Tentulah menjadi satu kebanggaan yang harus dicanang satu belok..Hehe.. Saya rajin. Buat breakfast. Kalau mama tau ni, tentu dia bangga jugek.. Haha! 

Dah lepas tu, kejut suami lak. Alaaa.. liat no nak bangun pagi. Sian pun ade. Macam dia kata, rasa baru balik keje, dah nak kena gi kerja lagi. Kasihan my hub! Mengejutkan suami bangun pagi adalah suatu pekerjaan yang sangat challenging kau tahu? Susah bebeno. Ugut nak siram air baru cepat- cepat nak bangun. 

Melihat suami bersiap hensom- hensom nak gi kerja adalah satu kebahagiaan juga. Walaupun jelos sedikit ketika rambut disisir tepi (sekarang tak mainle sikat tengah. Haha!) ataupun ketika CKFree disembur, hati tetap kena tabah. He is mine. Forever. Kahkahkah! Memang emo lebih. Setiap hari mesti nak kena pesan, keja bebaik. Jangan nakal- nakal. Jangan ngurat orang lain. Aja tunggu kamu kat rumah setiap hari tau! I am a jealous wife, u can tell! Mestilah. Siapa tak sayang laki oiiii! Saya tak akan pernah sanggup berkongsi lelaki ini dengan sesiapa. This is a warning! Haha.. Kau hado?

The sweetest moment tentulah saat menghantar beliau ke tempat kerja. Sweet tak dihantar ke tempat kerja setiap hari oleh isteri tersayang? Baik cakap sweet sekarang atau...! Suami saya masih under training, jadi haruslah jimat kos minyak. Pergi naik bas secara beramai- ramai. Memula dulu dia drive, tapi bila tahu ada bas, dia nak naik bas. Jimat dan isteri dia pun boleh guna kereta berjalan- jalan kalau boring. Syyhhh! hehe..

Dulu, suami yang menghantar dan menjemput saya ke sekolah. Setiap hari. Sekarang giliran saya pula. I love it! Saya akan hantar dan tunggu sampai bas mereka bergerak. Kalau saya terror, saya follow belakang bas. Dengan itu saya akan menghantar suami dengan ekor mata sehingga kelibat bas yang terakhir. Saya rasa moment itu sangat bahagia. Saya rasa puas dapat buat sesuatu yang baik untuk suami. 

Then, jam 6 petang saya sudah sibuk menyipkan makan malam. Saya selalu skip lunch sebab kalau makan seorang tak best. Haha! Jadi, saya makan dinner dengan suami. Lepas dinner ready, saya siap- siap nak ambil suami pula. Kadang- kadang tak sempat mandi pun. Brush and wash face je. Takpelah ada bau hangit bawang ke, minyak ke kan? Tu tanda wife kamu rajin. Haha. 

Saya suka bila suami mengenalkan saya sebagai isterinya di hadapan kawan- kawan barunya. Bangga! Bahagia! Haha! Then, sampai rumah, mandi, sembahyang, makan, watch TV, tidur. 

Quality time sekarang memang sangat terhad. I cant really have him 24/7 like before! Weekend pun cuma tinggal kenangan. No more lazy and fun weekend for us! Korban korban! 


Saya sedar sekarang, we cant take everything for granted! Not even once. Dulu bila dia ada di sisi kita setiap masa, kita selalu mengabaikannya. Selalu cari gaduh dengannya. Selalu sakiti hatinya. Sekarang, baru tahu betapa pentingnya dia. Baru rasa rindu saja.

Saya akan hargai suami saya sebab saya sayang dia. 

ps: Saya rindulah nak bergaduh dengan suami saya. Malam masa dah terhad. Kami pun lama tak berjumpa. Diskas hal penting dan hargai masa yang ada sepenuhnya dan tiada masa nak bertekak macam dulu. Ini bagus tapi saya rindu. T__T

Friday 16 December 2011

Perjalanan masih jauh

Tiada apa yang saya hendak kongsikan di sini. 


Kadang- kadang, errr, nop.. Selalu. Selalu sangat saya berfikir kenapa hidup saya macam ni?

Anda pernah merasa kecewa?

Kecewa setelah apa yang anda hajati tidak tercapai?

Lepas tu, anda asyik bertanya dan bertanya kenapa itu yang terjadi kepada anda?

Anda sering bertanya kenapa anda? Why me? Anda mula merasa iri melihat kejayaan orang lain?
 Kenapa mereka boleh? Mengapa tidak aku?

Oh, saya selalu. Selalu sangat. Tapi versi yang lagi satu. Versi yang gembira, bukan yang kecewa.

Sejak sekolah, perjalanan hidup saya boleh dikatakan mudah. Rezeki mungkin lebih murah dan mudah. Macam segala yang saya impikan selalu tercapai.

Nak lulus exam, tercapai. Nak dapat sekian A sekian peratus, tercapai. Alhamdulillah. 

Nak dapat masuk U tu, dapat. Setiap sem nak dapat sekian gred, sekian PNGK, PNGS, alhamdulillah, tercapai. Walaupun tak pernah dean list, tapi tak pernah juga dalam list nyawa2 ikan. 

Selepas zaman uni, masuk pulak alam pekerjaan. Tak fikir panjang, saya isi borang perguruan. Memang tak fikir panjang masa tu sebab memang tak fikir apa- apa. Hanya ikut kawan. Tapi, sebelum tu, Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Sebab ini memang pengakuan berani. Masa tu isi borang sebab dah cakap dalam hati, ini ialah last choice. In case tak dapat kerja lain, jadi cikgu pun cikgu lah. Pelik dikatakan last choice sebab masa tu, itulah borang pekerjaan pertama yang saya isi. Malah, saya ingat lagi, masa tu belum pun tamat semester terakhir di universiti.

Alhamdulillah, saya lulus semua. Dari exam ke temuduga. Dari temuduga sehingga usai kursus. Dapat posting pun dekat sahaja. Masih dalam area Selangor. Area Klang. Tidak senasib rakan- rakan yang tercampak ke Sabah Sarawak. 

Dan, jodoh saya juga cepat. Dapat berkahwin dengan pilihan hati bukankah satu kegembiraan abadi? Walaupun perkahwinan itu bukanlah tentang kebahagiaan 100%. Siapa dah kawen je tau apa maksudnya. Haha. Tapi, dun worry, I am happy with all the unhappy things in my marriage. It shows our marriage is normal ;)

Tapi, entahlah. Setelah setahun enam bulan kami berkahwin, Allah masih belum mengurniakan rezeki untuk kami. Setiap bulan melihat kegagalan, saya berasa sedih. Saya tidak putus berdoa. Kami berusaha. 
Saya tahu akan tiba juga masanya nanti. Tapi, tidak tahu bila. Bersabarlah Naza. InsyaAllah. 
 
Ya Allah, dengarlah kami. Perkenankan doa kami. Aku bermohon. Amin.

Wednesday 14 December 2011

Sunyi. Sepi. Sendiri. Aku benci :(


Saya jarang ditinggalkan. Untuk jangka waktu yang lama. 
Ada banyak perubahan yang berlaku saat ini. 

Perubahan yang sepatutnya menggembirakan. 

Seharusnya membahagiakan kerana inilah yang saya impikan. Doakan. 

Kami juga beranggapan bahawa inilah suatu permulaan. 

Aturan hidup yang lebih sempurna. 

Apa yang menggembirakannya, kegembiraan buat saya juga. 

Lagipun, bukankan ini yang selalu saya doakan di setiap sujud terakhir. Di setiap solat yang dikerjakan?

Saya patut bersyukur. 

Cinta. Kebahagian. Kesenangan dan kegembiraan menuntut sedikit pengorbanan.

Sedikit sahaja sayang. 

Sabar dan tabahlah. 

Percayalah. Ini aturanNya yang terbaik. 

Untuk aku. Dia. Kami. Kita. Mereka dan semua.

Ya Allah, aku berterima kasih dengan nikmatmu. 

Kau lindungilah keluargaku. Rumahtanggaku. 

Hilangkanlah rasa gusar di hatiku. Tetapkan hatiku untuk dia dan tetapkan hatinya hanya untukku. 

Sighhh~~ Janganlah mengeluh. Please

Monday 12 December 2011

121211

Saya gembira. 

Pertama: hari ini ulangbulan perkahwinan kami yang ke 18 bulan!

Hari ini juga permulaan hari yang sangat baik untuk suami ;)

I pray the best for us. 

Maybe this is a sign. 

Who knows. 

Husband, I love you. Here and ever after :)


Thursday 24 November 2011

Ok.. takpe.. takpe.. takpe..

Ok.. Dah tengok bola tadi.. 
Dah tahu keputusannya. 
Ok.. Takpe.. Takpe.. Takpe.. tak perlu kata apa- apa. 
Hero- hero saya dah cuba sedaya upaya. 

Baru balik dari Jakarta, rehat tak seberapa, what do you expect? 
Ibarat kata seorang kawan saya, even professionals pun kena rehat cukup kot.  
Okay lah tu masih mampu mengejar bola satu padang. Kau hado??
Apa- apa pun, saya tetap sokong skuad Harimau muda, tua err.. I mean senpai (Harimau Malaya).. 


Hadoi, Muslim tu makin comei aku tengok. Nasibs aku dah kahwin ;p 

Weekend nanti layan bola lagi.. Err, betul weekend kan? Janganlah Jumaat or Sabtu. Saya ada misi penting!!

Peace yaw no war! 

Wednesday 23 November 2011

Kembali Ya ;)

Assalammualaikum.. 

Apa khabar blog?
 Saya tak sihat. Haha! Sihat sihat. Alhamdulillah. 
Hari ini hari Rabu. Malam ni ada bola. Harimau Muda vs Syria. Wahh! Teruja!!

Sebelum itu, saya nak mengucapkan tahniah tahniah dan tahniah kepada skuad Harimau Muda sebab merangkul ibu segala pingat di sea games 2011! Auummm!! Anda memang hebat terutama encik kapten Baddrol, encik keeper terhenhem, KFCM, encik Asra, encik cumil, Muslim.. hehe.. dan semua lah encik- encik yang terlibat.. Oh, dan paling penting mestilah encik segala ong, Coach Ong Kim Swee weee weee!! Hebat! Tahniah. Uolss buat i menitik air mata kegumbiraan dan kebanggaan uollss.. Thanks!!! 

Best quote ever :))

TEAM Malaysia Hebat.. kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL, ada seorang GURU, dan yang penting Team MALAYSIA ade Khairul Fahmi CHE MAT yang sentiasa CERMAT menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade Baddrol BAHTIAR yang sentiasa BERIKHTIAR menjaringkn gol dari jarak jauh dan yang paling hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG (Ong Kim Swee ) !!! “
*

*

*

*

*
 Ehem. Lama belog tak ber'up-date'. Maaflah. Sibuk sepanjang masa. 

Tapi, insyallah saya akan meluangkan masa yang sangat ada ini untuk menulis di blog kesayanganku ini. Tak payah nak sayang- sayang sangatlah! Hehe. 

Memandangkan cuti sekolah sudah bermula (gembira di situ ya.. hehe), maka saya akan merajinkan diri menulis. Demi anda, belog tercinta. 


I have lots to share occay ;))

Dengan itu, sekian, terima kasih. 

Blueerrgghhh.. Tiada idea!

Monday 3 October 2011

Usaha. Doa. Tawakal

I never love Monday. But today, i heart monday. Kah3!
Assalammualaikum. 
Hari ini cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah. Yeay! Best. 
Bajet nak bangun lewat tidur sampai tengah hari tapi tak jadi sebab ada mission impossible. Haha!

Ini adalah antara usaha kami. 



Untuk mendapat sesuatu yang bakal menjadi penyeri hidup kami. :))

Saya tak percaya akhirnya kami sampai di sini. 

Rasa macam terlalu awal kot. Tapi, mencegah lebih baik dari mengubati. Walaupun kami datang memang berniat untuk berubat, tapi adakah lebih baik merawat dari awal lalu dapat mencegah kelewatan merawat? Apekah?

Tapi, ini adalah langkah awal yang masih terlalu awal. Banyak lagi proses yang perlu dilalui. Semoga dalam melalui proses yang bagi saya macam panjang juga (sebab bajet hari ni datang, hari ni leh siap. Dush3!!) Allah menemukan hasil untuk kami.

Dalam pada tu, rasa marah sangat sampai nak tumbuk- tumbuk TV masa nonton berita tadi!!! Orang lain punyalah susah ber'appoinment' dengan doktor, keluar duit beribu- ribu demi nak dapat anak. Orang lain pulak sesedap hati dia je buang anak, campak anak!! Ya Allah!! Aku geram betul! 
Dunia tidak adil? Allah sayangkan kita dengan caraNya.

Sedih. Sedih. Sedih. 

Kalau taknak, dari awal lagi jangan buat!!!

Husband, whatever happens, u love me rite? 


.. because I LOVE SO MUCH!!
:) :) :)

Friday 23 September 2011

Random

These are random pics of me and him :))









These are from our first anniversary... I really want to blog about it!! time, gimme! 




Dating at Floria 2011, Putrajaya :))

okei itu saje buat malam ini. Suamiku sudah pulang. Nak kena babab ni! Tengok jam dah pukul berapa???

Nite frens :))

Thursday 22 September 2011

Bila Sekolah Sudah tidak Selamat :(

Assalammualaikum dan selamat malam :)

Malam Jumaat yang sepi. Suami pergi main badminton. Lepas raya dia mengembang bagai belon. Kah3! Ape- ape je lah sayang, I tahu  u panas bontot dok rumah. Phone asyik ringing. Semua peminat dah tanya bila tuan ketua dewan nak bukan dewan. Susah jadi orang penting dalam kampung ni kan? Takpe sayang, semoga kamu jadi somebody nanti. Even dalam kampung pun ok la. Haha. Kata- kata satu doa. Sekian. 

Berbalik pada tajuk. Dunia sekarang sangat dasyat. Dasyat sangat.

 Tadi kat sekolah ada rompakan. Kecurian. Kepecahan. Ketakutan. Tangisan. 

Ada kereta cikgu dipecah. Kebetulan dia tinggal handbag dalam kereta. Untuk lebih kebetulan, dia baru withdraw duit dari bank. Jumlahnya agak banyak sebab she's gonna have her wedding caremony next week. Duit itu sebagai duit angpow. Biasalah, chinese kahwin pengantin mesti bagi red packet pada parents and elders kot. 
Dalam handbag jugak ada duit donation dari murid- murid kelas dia. Bukan donation untuk dia kahwin. Tapi, donation yang dibuat oleh sekolah untuk sekolah. Kasihan.

Dia nangis dengan teruk. Tengok muka dia pun, rasanya dia sangat takut. She was shaking. Cakap menggigil- gigil sampai tak jelas apa yang dia cakap. 

Sebenarnya dia tak sekolah hari ni sebab ada kursus, Tapi, dia datang sekolah untuk ambil record book. Yelah, esok Jumaat nak kena hantar. Dia datang dengan seorang budak lelaki. Mungkin adik, mungkin nephew. That boy was so cute. Adalah dalam 10 or 15 minutes dia kat office while the boy entertained us. He is soooo cute ok. 

Lepas tu, dia pun balik. Tak sampai lima minit dia naik atas lagi. Dengan menagis tersedu- sedu. Bersandar kat pintu macam tak mampu lagi nak berdiri. Dia cakap sesuatu, tapi saya tak faham dia cakap apa. Ok, fine! Dia cakap cina memang saya tak faham satu hapa pun. Maksudnya, dia ada bercakap, mulut ada gerak, tapi suara tak keluar. Cuma dengar suara dia menangis. 

Rupanya kereta dia kene pecah. Handbag kena curi. Semua dokumen, handphone dan duit 'selamat'.  Saya terkejut. Semua terkejut. Cikgu yang ada semua berkejar ke tingkap. Dia parked kereta dia dalam kawasan sekolah. Paling depan kat parking lot. Means yang paling hampir dengan bangunan sekolah. Kemudian, ada cikgu berlari- lari turun ke bawah. Nak tengok lebih dekat.Cikgu tu pulak dah tak tahu macam mana dah. Dia sedih. Dia takut. Saya kasihan. Tetiba bulu roma saya pun meremang je. Seram! 

Tak fahamlah macam mana boleh ada pencuri masuk. Kalaulah kata dia parking kereta di luar kawasan sekolah, boleh lah terima kereta kena pecah. Ini dalam sekolah. Bukan ke sekolah adalah tempat paling selamat? Mesti semua tertanya- tanya, kenapa dia tinggal handbag dalam kereta. Seperti yang saya cakap, sekolah adalah tempat selamat yang memang tidak mungkinlah ada pencuri dari luar yang melakukan kerja terkutuk itu. 

Sekolah saya ni sekolah paling fussy saya pernah pergi ok. Ok, saya cuma ada 3-4 sekolah aja. Itu pun sebab masih bergelar pelajar. Saya dari SK. Tetiba posting gi sekolah cina saya sangat terkena kejutan budaya.  Fussy gila terutama pasal keselamatan pelajar. Sampai satu tahap, saya rasa anak- anak cina ni terlalu manja. Tapi lama- lama saya rasa bagus juga peraturan ketat macamni. Keselamatan terjamin. InsyaAllah.

Itulah yang semua cikgu menjadi pelik dan marah. Secara tiba tiba perkataan guard keluar. Dan paling teruk, gate terbuka dengan seluas- luasnya! Apakah bala? Tahulah apa jadi seterusnya kan? Saya sendiri pun macam nak marah. Kenapa gate terbuka seluas- luasnya? Bukan ke patut ditutup setiap masa? 

Macam- macam spekulasi timbul. Semua nak jadi detektif Conan. Buat andaian sendiri. Ada yang cakap orang luar lah. Ada yang confirm cikgu ni dah di'aim' sejak kat bank lagi tu yang follow sampai ke sekolah, dan memang rezeki dia tinggal dalam kereta. Ada gak yang cakap ni mungkin kerja orang dalam since guard kata tiada orang luar masuk. Hmmm... Entahlah. time camni, pak guard tentu rasa terancam bila dia tahu ini memang silap besar dia lalu harus mencari alasan kukuh membela diri, Tapi, kenapa dibiar gate terbuka luas? Possibility strangers nak masuk memang sangat besar.

Ade check CCTV bagi mencari keputusan pasti bagi mengenal pencuri. Tapi sayang! CCTV tiada cover kawasan kejadian!! Aduh, memang malang betul lah! 


Ape- ape pun, memang silap kita lah kan kalau tinggal barang berharga dalam kereta walau kita rasa selamat. Walau kita rasa nak tinggal kereta dalam jangka masa sebentar saja. Seolah- olah memang membuka pintu rezeki kepada orang yang tak reti mencari rezeki yang halal ni. 

At the same time, bagi saya lah, pak guard pun salah juga. Tugas mereka menjaga kawasan sekolah dari anasir luar ma. Sekolah bukan tempat suka- suka hati nak masuk nak keluar. Bukan macam fun fair. Ada banyak jiwa muda pelapis bangsa di dalam sana. Jiwa tua yang banyak berjasa pun ada juga. Jadi, kenang la jasa sikit kan? Huhu..

Apa- apa pun, (hari ni tema apa- apa pun kah? Apa- apa ajelah) kita memang kena sentiasa berwaspada. Macam bawa kereta. Kalau kita dah berhati -hati, oranglain mungkin  pentingkan diri. Begitulah kehidupan. 

Kepada cikgu yang mahu berkahwin, kami orang melayu selalu cakap. Orang yang nak kahwin ni, berdarah manis. Macam -macam hal boleh terjadi. Dugaan nak membina masjid. Eh, you pun boleh dikira membina masjidkah? Takpelah, anggaplah bukan rezeki you. Yang penting you selamat kan? 

Tuesday 13 September 2011

Dulu Lain. Sekarang Lain ;p

Hello dan assalammualaikum. 

Bestnya harini kerja separuh hari dalam erti kata separuh hari yang separuh hari. Selama ni,  i kerja separuh hari juga. Tapi keluar hampir tengahari balik tak nampak matahari. Hehe.. Hari ni jaga exam. UPSR. Paper setakat jam 12. 30 tadi. So, selepas itu bolehlah chaloo!! Best betul sampai rumah awal ye. Kalaulah hari- hari begini tentu heaven giler. :))

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Hehe.. Di kesempatan kerja separuh hari ini juga saya ingin berkongsi satu cerita. Bukan senang nak lepak depan lappy waktu- waktu begini di kala berseorangan diri di rumah.

Dulu dalam belog lama ada satu entri pasal 'Dating Dulu, Dating Sekarang'. Entri tu ialah entri yang I menunjukkan I bitter sensorang kan? Haha. Beberapa hari lepas, saya dan suami dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Haha. Sudah lupa dari mana hendak ke mana. Tapi yang pasti, kami berada dalam kereta. 

Dulu, sepupu saya selalu cakap, benda paling heaven yang boleh dibuat dalam kereta adalah makan dan dengar radio. Saya pun tak paham kenapa kami rasa makan dan dengar radio dalam kereta tu adalah benda paling best. Kah3!

So, time tu saya enjoy dengar satu lagu. Rasa nya lagu baru Sofaz: Seperti Di Syurga kot. Then, sambil nyanyi sambil la gatal tangan tulis lirik kat tissue kan. Ceh, lirik jiwang karat kot lagu tu. Sampai kat traffic light suami jeling- jeling apa saya tulis. Then, dia senyum. Dengan tak semena- mena saya terus bagi ayat power kat dia. tapi, ini di bawah sedar ye. Haha!

'Jangan nak perasan ye. Ni lirik lagu'. Boleh saya cakap camtu kat suami. Then, dia terdiam. Saya pun terdiam. Pastu dia buat muka kerek. Saya terkebil- kebil. Tetiba baru terasa diri berada di alam nyata dah. Tiada lagi rasa di syurga. Saya ketawa terbahak- bahak. Memang lawak la. Suami saya cuma kata, 'kamu ni giler ke?'

Saya ketawa tak henti- henti. Dalam hati saya terfikir, camne la saya boleh cakap camtu kat suami. Sekarang ni, kerek tol hang dengan laki sendiri ye?

Alkisahnya, dulu kalau boleh semua lagu chenta nak ditujukan kat bakal suami. Asal ade lagu chenta baru- baru, mulalah nak berangan dialah watak utama dalam lagu. Asal keluar lagu baru cepat- cepat gitau si dia, eh, dengar tau lagu ni. I tuju kat U. Then, kalau bagi kad ke, surat ke ( ade ke?), notes ke, SMS ke, mesti nak gak selit- selit bait- bait dari lirik lagu chenta. Then, berangan plak.. kalau buat video clip, aku ngan dia are just perfect for the vid. Kah3! Sekarang ni boleh plak kau kate jangan nak perasan, ni lirik lagu? Kau ni memang nak kena beduk oii!! Kah3! 

Itulah lawak di suatu hari yang lalu lalu. Lawak di petang hari yang tak sengaja telah membuat saya senyuuuum sepanjang hari. Saya terkenang kisah dulu- dulu semasa masih bujang dan dara. Eh? Haha. Selepas kahwin, memang lain. Percayalah. Kalau tak sikit, banyak yang lain. 

Haha. tapi, kasih sayang saya pada dia tetap sama. Malah ada hari- hari tertentu saya makin sayang kat dia. Hari tertentu je. Contoh kalau hari yang banyak sangat marah dia. Gaduh ngan dia. Malam nak tidur, saya mesti tengok muka dia lama- lama dan rasa bersalah sangat kenapa saya mesti buat dia kecik hati. Kenapa saya tak lepaskan ego? Kenapa saya tak boleh nak bersabar? Kenapa saya turut nak tunjuk hebat dengan bermarah- marahan? Kenapa saya tak nak lembut hati dan macam- macam lagi. Esok pagi mintak maaf dan petangnya balik kerja buat lagi. Haha. 

That's life. Sedangkan lidah lagi tergigit, so yeah..  As long as we know how to tackle it should be no problem right?

Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Janganlah Kau uji kami dengan cubaan dan dugaan yang tidak mungkin dapat kami tanggungi. 

Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. 


“Robbi habli minassolihin” Surat As-Saffaat (37):100 
Amin.

Saturday 10 September 2011

Terhenti di sini

Assalammualaikum.
Lama x post entri, busy. Hehe.. bajet artis. 
Hari ni nak post satu lagu. Best giler. Tapi tak tau siapa nyanyi. Mula- mula ingat Nubhan rupanya bukan. 
Asfan. Siapa tu? Entah. Saya tidak tahu siapa itu. Yang penting suara dia sangat best. Dengar lagu tu buat saya rasa.. camne ek.. Touching giler. Syahdu je. Bukan sebab lirik. Tapi suara.

Oh, bila baca komen kat youtube tu baru tahu, ni lagu dalam Nora Elena rupenya. Sorry. Saya tak fanatik dengan Nora Elena. tengok sekali sekala kalau tertengok. Sebab balik sekolah je dah pukul berapa. Nak sembahyang lagi. Ape lagi. Memang tak la kan nak layan TV bagai. 

Apepun dengar lagu ni kat HOT. FM and terus suka giler. Hehe..

Siapa Asfan tu ek? Sekali dengar cam Nubhan (saya pun suka suara Nubhan- husky u). Banyak kali dengar cam FT!! ( FT FT FT!!!) Sedap lah :))

Eiiii.. dia ni ke? Gothic sangat kot. 



Wednesday 10 August 2011

Salam Ramadhan

Assalammualaikum.
Rindu berbelog. Tapi apa nak buat. Cintaku bukan di sini. Cintaku di Cardova. Eh?
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam. 
Diam tak diam dah sepuluh hari berpuasa kan? Cepat sangat masa berlalu.

Ini adalah tahun kedua saya berpuasa dan beraya bersama suami. Tahun kedua sebagai isteri. Tahun kedua masih merayakannya secara berdua juga. Hmmm.. oke oke.. cut cut that sad stories. Takmo apa- apa yang memprovoke diri sendiri untuk berasa sedih oke? Jangan diragui rezeki Allah :))

So, puasa tahun ni biasa- biasa saje. Tapi penat sikitlah. Puasa sambil bersekolah agak memenatkan. Rasanya tahun lepas taklah sepenat ini. Kenapa ya? Biasalah. umur makin meningkat, tapi badan makin tak sihat. 

Hmmm.. Cerita pasal badan tak sihat. Rasanya nanti nak kena gi cek doktor lah. Saya ade sedikit kerisauan tentang tahap kesihatan diri sendiri. Tapi, takut nak jumpa doktor. Takut tetibe doktor cakap ade penyakit kronik ke ape ke kan?

Sebenarnya dah lama benda ni. Tapi, sejak akhir- akhir ni semakin menjadi- menjadi. Mengganggu akal dan fikiran betul. Tak tenang. Actually pasal berat badan. Since second year kat UKM lagi benda ni dah jadi. Berat turun aje. Tak pernah nak naik- naik. Kalau naik setakat dua kilo paling banyak. Itupun kena tunggu berbulan- bulan baru dapat. 

Saya rasa kadang- kadang dunia macam tak adil kot. Ada banyak orang nak turunkan berat badan tapi tak turun- turun kan? Macam- macam dah buat. Makan pil tu. Makan pil ni. Minum susu tu lah. Diet lah. Gym lah. Tunggulah berbulan- bulan turun setakat sekilo je. Hampalah lagi. 

Tapi, ada jugak orang yang nak naikkan berat badan. Sebab terlalu kurus. Tinggal tulang aje. Sekeping je. Macam playwood. Kalau tiup angin pun boleh tumbang. Tak cantik plak tu. Macam- macam dah saya buat. Eh, saya plak? Hehe.. Makan banyak- banyak. Ambil multivitamin, B- complexlah. Acid folic lah. Minum susu lah. macam- macam susu. terbaru minum weight gain. Sedap giler! bau harum giler and paling penting, giler MAHAL!
Tapi, masih macam tu jugak. Tiada perubahan. Saya risau. Saya jenis yang susah nak naik berat. Kalau naik sekilo or dua kilo ke, saya dah cukup gembira. Syukur sangat. Tapi, nak dapat result camtu, kene makan berbulan- bulan. Tapi, kalau saya tak makan sehari, berat boleh turun dengan cepatnya! Dengan banyaknya! Sedeh! Puasa lagi buat saya bertambah risau. :(

Saya selalu cakap kat kawan- kawan saya nak naik berat. Sukanya kalau berat saya back to normal cam dulu. BMI saya sepatutnya around 48kg to 50kg. Zaman sekolah itulah berat saya. Cukup makan? Pasti. mak masak. Sedap. Makan 5 kali sehari, weee!!  Tiada stress? Correct! Setakat stress dengan kerja sekolah apalah sangat kan?

Dulu time sebelum kahwin, ramai kawan cakap, nanti pas kahwin naiklah berat tu. Tipu! Tak naik- naik pun? Makin turun adalah! Saya risau! Risau! Pastu mereka berkata lagi, tak payah naik berat sekarang, nanti pas dapat anak, naiklah. Hah, time tu jangan menyesal plak kalau badan dah takleh jadi macam dulu. Saya paham. Orang lepas bersalin selalunya semua dah lari. Allignment larilah. Shape larilah. Apa- apa aje. 

But in my case, its a different story! Saya ialah underweight! A serious underweigh-er. Heheh.. Sedih tau! Orang semua baju tak muat- muat. Titiap tahun baju makin besar makin besar. Saya tetiap tahun memang baju pun semakin besar tapi sebab saya yang makin mengecil. Sedih! 

Pernah ada seminggu tu, saya menangis puas- puas. Saya risau! Gara- gara tukang urut punya cerita. Jahat dia buat saya sedih! Benci! Pasni dah tak mo jumpa dia dah. Dia asyik cakap kalau saya takleh dapat baby, nanti suami saya carik perempuan lain. Means, dia kawen lain la. Sebab ape saya takleh dapat baby? Sebab kurus sangat. Sebab kurus!!! Kurus!  Saya diam aje. Sebab dia orang tua. Tapi, air mata dah tumpah tanpa paksa- paksa. 

Semua orang risau saya makin kurus. Semua orang perasan saya makin kurus. Suruh makan banyak- banyak. Saya dah. Saya pun tahu saya makin kurus. Tapi, ada seorang je yang tak cakap saya kurus. Suami saya. Dia cakap saya ok aje. Tapi, ade satu hari dia kantoi depan makcik saya. Dia kata takkan dia nak kata saya kurus. Nanti saya sedih nangis tak henti- henti. Biarlah cakap saya oke. Biar saya happy dan tak nangis lagi. 

Saya tahu!!!! Walau apepun yang berlaku, saya tetap ada suami saya di sisi! Walaupun orang lain nak kata paa pun, saya tidak boleh peduli! Kata- kata mereka tak penting. Suami saya yang penting kan? Walau semua orang buat saya sedih, saya tahu akan sentiasa ada orang yang akan buat saya gembira. Dia lah yang akan gembirakan saya walau apa pun yang berlaku. Saya cantik ke tak cantik ke, kurus ke gemuk ke, dia tetap sayang saya kan????


Tapi, saya tetap sedih! Saya nak gemukkan badan sedikit. Saya nak kembali normal sebab saya nak gembirakan suami saya juga. Plissssssssssssssshhhh!

Wednesday 6 July 2011

If she were here


A friend asked me to read this. Oh, kau tak tahu ke aku bukan dalam mood membaca? I am really busy super busy. But then, saya nampak Lady Diana. Ohmai! Ok, i read. Tapi, tak baca terus sebab malam tu gi Dark of The Moon. Ntahapeapentah ada orang cakap T3 tak best sebab Megan Fox tade! Haha.. tapi, seyes, T3 tak berapa seronok kan? I mean, habis je movie, saya tade perasaan macam, 'Oh, aku mesti tengok lagi!' Tiada! Haha.. Oh, orang yang cakap T3 tak best sebab Megan Fox tade itu, suamiku :))

Get back to bisnes! Bukan pape sangat pun artikel ni. Biasalah omputih, daya imaginasi melampau sangat- sangat. Membayangkan, kalau Lady D ada lagi, camne kehidupan dia sekarang. At the age of 50, oh, she is 50 this month. So, ntahapeapentah dia tulis. Pasal tu, pasal ni. Kau baca sendiri. Haha..

Page paling menterujakan bila  nampak update twitter and FB Lady D. Saya macam, eh, fake acc ke? Baca punya baca, baru paham. Kalau kau nak paham, kau beli dan baca oke. Aku tade mood nak review pasal bende ni. Aku nak baca pun kamus tebal gile nak mampus dok sebelah. hahha.. Tipoo!!

Itu bukan persoalannya. Bila baca, saya terus fikir about my cousin. Late cousin. Saya rindu dia tiba- tiba. Sangat rindu. Saya pun imagine, kalau dia masih ada, tentu dia ada FB. Tentu dia suka twitting. Dulu, zaman dia cuma ada MIRC chatroom. (Oh, harap2 la chatroom tu itulah namenye ;p) Paling popular pun, email je la ngan balak2 dia. Freindster dia lom join. Ah, I miss her!!!

Saya imagine, if she were here, my life would be different. Maybe. Saya bayangkan, kalau dia masih ada, adakah saya akan jadi macam saya sekarang ini? Adakah saya akan berada di sini? Buat segala benda yang saya buat sekarang ini? I don't know. 

Then, i stop wondering. Saya takut. Kita hanya manusia biasa. Benda ni semua sangat jauh dari pemikiran kita. Sangat jauh dari kemampuan kita. We are nothing. Without HIM we are nothing.

Semua yang hidup akan mati. Even jam tangan pun akan mati sebab bateri habes. Kena ganti baru. Pen merah pun asek 'mati' lalu kena buang dalam tong sampah. Kena ganti baru. That's life. Patah tumbuh hilang berganti. Tapi yang diganti tentu tak akan sama dengan yang hilang. 
Yang sudah hilang pulak dilupa jangan. 

Al-Fathihah untuk sepupu kesayanganku: Isma Izzani Abdul Ghani. I miss you damn much!

Bila fikir banyak- banyak, saya patut bersyukur. Kita hanya mampu merancang. Tapi, perancanganNya yang lebih sempurna. Saya selalu bayangkan, hidup saya tentu tak sama macam sekarang kalau sepupu saya masih ada. I can imagine i will be with her and around her all the time. We are like belangkas u know!

Then i said, I don't want it! Kalau kehidupan saya lain, tentu saya tak bersahabat baik dengan suami saya. Bila tak berkawan, tentu saya tak bercinta dengan dia. Bila tak bercinta, tentu saya tak berkahwin dengan dia. Can u see now? It's takdir. HE planned everyting perfectly. There's reason for everyting. Takkan pernah tercapai akalmu untuk berfikir sejauh itu. 

Be grateful with what u have frens :)

Friday 24 June 2011

Cinta Mati



Dalam malas malas update, rasa nak tuju gambar. Bole?

Ini cinta mati saya. Dunia akhirat insyaallah. 

Saje je. Dia tiada di rumah. Sedang berusaha menguruskan badan katanya. Bermain badminton hanya melenguhkan tangan dan pinggang sayang. Gi la jogging satu kampung, nescaya kau akan kembali taf seperti dulu.  Huahua.

Jadi, motif membuat entry poyo ini adalah bagi melepas kerinduan pada si dia. Bila lah mahu pulang???






Ini gambar dulu- dulu. Saya tengok banyak kali. Macho juga botak gini ye? Dan, masih tiada spare tyre. Masih ada 6pax.  Adesshhh.. Banyak lagi gambar kurus n taf. Tapi ini yang paling diminati. Rugi tak suka dari dulu- dulu time taf sebegini. Tu la. Asek gaduh dan benci- benci. Sekarang kan dah kena kawen. Hahaha!!!

Tapi, itulah. Tak payahla persoalkan kenapa suami kau dulu begini, sekarang begini. Kan semua ada sebabnya. Contohnya, berfikiran positif beginilah. Suami kau berubah bentuk badan dari S ke L adalah kerana kau pandai masak dan pandai jaga makan minumnye. Tak gitu? Kah3!! Aku memang rasa dah terlebih poyo dah ni.

Kenapa kenapa?

kenapa saya menjadi seorang yang sangat malas? malas sangat kebelakangan ini. memang rasa dah terbelakang sangat. 

saya pun tak tahu la. saya bercakap pasal belog. saya malas dengan belog je. kalau pasal makan, pasal fb, pasal tv, paasal kerja, saya oke. masih terkawal. 
belogwalking pun sangat rajin tak terkata.

kalau belog ni orang, sudah tentu dia merajuk tak engat kan? 
rasa dianaktirikan walaupun saya tak pernah pregnen dan lahirkan dia. ehheh..

saya ada berpuluh- puluh entry dalam draf. semuanya sangat bersemangat masa ditulis. tapi ntah kenapa, cuma sekerat ja siap. tu pun kalau ada sekerat lah. 

alah belog. kesian kau. nantilah aku bela kau ye. skang aku ngantok. bye.

Friday 10 June 2011

Thank God I Found You ;p

Yey! Alhamdulillah. 
Semalam dah shopping hadiah! Hehe..
So, sangat lah happy. Lepas ni memang kena siapkan kerja yang slow itu secara laju- laju. 
Nak tau I beli apa?
Taaraaaa.. Inilah dia pemberian kecil untuk suami yang besar. Eh? Tak tak.. Hahaha..
Memandangkan diri sendiri sedang sengkek tahap gaban, beli apa yang termampu sajelah. Naseb baik Jusco tengah sale ;))


Oke. Saya sangat suka wrapping putih ngan ribbon merah ni. Melambangkan cinta suci yang membara. Apesal kau macam nak kene lempang nih? Hahha.. 


Nah, mari berpre-anniversary ngan future-owner mu. :P

Hopefully, dia akan suka. I'm nebes ;P

Can't wait. 2 days more. Oh, kalau ikot hari, esok Sabtu I nikah. Bedebor seh. Aisyehhh.. I really missed that moment. Really. If only~~ Sila lah lengkapkan ayat sendiri :P

ps: Sebenarnye, bile sampai rumah, dah sorok- sorok hadiah baru teringat. Aku dah suruh orang tu buang pricetag ke belum?? Damn!! Kalau tag tu tade sticker diskaun takpe.. Ni siap kale hijau lagi. Gerenti kena perli kaw2 nih.  Berserah sajelah. 
T__T

Thursday 9 June 2011

A Slow Progression ;)

Wah, arini berape haribulan? Seronok! Excited! Hahah.. 

Rasanya dah tau kan nape saye giler excited? 


Pasal ni lah :))

Saya takde buat apa- apa yang dikira gempak pun untuk first anniversary nih. Banyak kekangan yang membataskan pergerakan. Eceh, saspendeerr.. Hahah.. 
Memang pergerakan saya terbatas. Saya tidak bergerak ke mana- mana untuk menyediakan apa yang patut dan apa yang tak patut. Eh? Hahah.. 

Saya seorang isteri yang sangat bergantung kepada suami T__T. 
Bergantung ni maksud dia begini. Saya boleh je kalau nak keluar sendiri tanpa bergantung pada suami nak antar ke tak nak antar ke kan? Macam tak biasa naik bas? Hello, saya dengan pakcik bas sahabat baik tahu? Hehhe..
Eh, kau kan da ade lesen? Lesen bendenye? Belum kuar lagi P nye. 
Eh, iye, aritu rasanya nak update pasal lesen, rupenye tak berapdet ye? Grrr!!

Okeh, kita kembali. Bergantung dalam situasi saya ini ialah bergantung kepada keizinan suami. Kalau suami saya dah jenis sayang sangat kat isteri dia. Nak disimpan je dalam rumah takleh gi sana, takleh gi sini tanpa dia, nak buat camne? Hahahha!! Jadi, bergantunglah ye. Kalau dia bagi saya keluar, tentu dah selamat macam- macam saya preparekan. T__T . Agak- agak boleh tukar tak sekarang, daripada 'saya seorang isteri yang bergantung kepada suami' kepada 'saya seorang isteri solehah?' <--- sile lempang T__T

Jadi, semalam saya sudah hebohkan saya sedang mengusahakan sesuatu. 
Inilah sesuatu itu ;))



Apakah maksud benda- menda alah ini? Hehe.. Tunggu. It's still under construction. Haha..
Sementara itu, lihat ini pula ;p


Keserabutan wayar seperti di dalam gambar menggambarkan keserabutan fikiran mengenangkan bilik yang tidak terurus lalu mengundang rasa tidak puas hati sang suami. Isteri dia menjadi sangat messy membiarkan bilik beradu sebegitu messy! Haha.. Saranghae.. nanti settle semua I kasi naik itu printer, I kasi simpan semua itu wire ok. 

Saranghae :))

Tuesday 7 June 2011

update laju laju!

busynya. hehe... tengok. terlalu bz sampei malas dah nak edit segala bagai. i main aci redah aje ok. 
i'm planning for something that is big for a big day for a big person. eh? hahha..
Hoiii.. ponat den nak pk nak plan apa for the day.
tade idea. seriesly. hehhe..
actually banyak je ideanya. 
i want this. i want that.
tapi, masa tak cukup. 
weiii, tipu! tengah holiday lagi cakap tade mase. nak kena sepak laju- laju!
i dont know where n how to start.
idea sangat banyak sampai tak tahu mana satu yang terbaik. inilah ye tuan puan, orang tamak selalu rugi. T__T

but, i'm working on something. it is progressing. slowly. very slow. hahhaha!!!
ohmai. the first year. the first time. sangat susah.
i want it to be surprised like i always do. u know, like birthday party and so on. 
sebelum kawen memang senang nak plan many things. we live separately. 
now, we are roommates! we share everything! we share the room. we share the cupboard. we share the bed. eh? hahhaa.. and most important, we share the time. tiada masa persendirian. 

okeh, boleh tak bayangkan, saya tengah bz buat this thing, for him in our room. and he keeps going in and out and in and out. tanpa menyedari apa yang saya buat. i mean, kenape dan untuk siapa saya buat itu semua. 
apa yang dia buat, jeling sekejap then bebel. apalah yang kamu buat tu? buat sepah je? LoL! 

okeh, walaupun macam tak surprise tapi masih boleh surprise. oh lelaki! langsung tade sensitiviiti! hoho! saya tak tau la dia ingat ke tak our big day or should i say, anniversary? hehhe. mungkin dia ingat. selalu dia ingat. but dont expect anything from him like wow, roses in the car boot? itu seth dalam TV je yang buat. 

ok, it doesnt matter dia nak buat surprise like what i'm up to. i dont expect anything special. 
i just want him around. susahnya saye. senangnya saya. gembiranya saya. sedihnya saya. i want him. only.

okeh, i need to go back to work. 
wish me luck!!

Tuesday 31 May 2011

Perempuan dan Nafsu- Nafsunye ;p

Salam. Tadi blogwalking. Selalu pun blogwalking. Blog sendiri dianaktiri. Hahaha.. Alaaa blog shayang. Meh sini meh. 

Ada terbaca satu entri ni. Memang superb. Eh? Melebih- lebih. Haha..
Penulisnya tidak lain dan tidak bukan ialah si gadis cantik manis ini. Siapa yang tak kenal dia angkat tangan? Hehe. Dia cantik kan?
I envy u! Haha. 

Oh, tadi baca entri dia yang ini. Best pulak baca entri ini. Orang kata bagai terkena batang hidung sendiri. Makan dalam la wa cakap lu. Tak gitu? Ehehe.

Bak kata FL, perempuan memang suka  envy. Hahah. Saya pun camtu. Tahu tak saya ada perangai yang pelik? Saya suka tengok wanita cantik. Suka sangat tengok wanita cantik. Memang sukalah. Suka tengok baju wanita cantik. Suka tengok mata wanita cantik. Make up dia yang mungkin membuat dia cantik dan banyak lagi lah. Pastu dalam hati mulalah nak envy. T__T

Sekarang kan trend online shopping sampai I pun salah seorang victim. Kah Kah! Blogshop ni jahat tau. Selalu menampilkan fashion- fashion yang terkini lah bagai sampai membuatkan hati bagai ditarik-tarik kena membeli. Pandai tau pujuk suruh beli. Padahal blogshop bukan leh berkata- kata. Kenapa kau tuduh dia pujuk- pujuk nih? Eh? Hahah.. 

Saya selalu nak ada apa yang terkini. Apa yang si cantik- cantik manis pakai dengan harapan saya pun menjadi cantik manis seperti mereka. Pandai bergaya u. I envy! Saya selalu blogwalking blog fashionista. Suka sangat tengok gaya mereka. 

Tapi saya sedar, saya tak akan mungkin jadi seperti mereka. Saya dan mereka adalah orang yang 180darjah berbeza (cari simbul o kecik tak jumpa. Apakah?  T__T) 
Bak kata FL, penat lah nak ikut mereka. Mereka tu fashionista, memang kerja mereka bergaya. Ditambah pula mereka tu kan memang orang yang serba- serbi ada? Yang kita ni (tunjuk diri sendiri) siapalah? Jadi yang biasa- biasa ikut kemampuan sudahlah. Tailor selalu cakap, ukur baju di badan sendiri kan? Hehe. 

Suami saya pun bising sebenarnya. Sibuk bergaya dengan shawl lilit sini sana. Sudahlah nak bersiap lambat, nampak kesian pulak kena cekik sana, cekik sini.Tapi darling, I bergaya untuk u tahu? Hehe. Tapi itulah, kalau bergaya untuk husband, tentulah di rumah sahaja. Pakai make up di rumah, pakai semua baju cantik- cantik di rumah, pakai shawl lilit sini sana di rumah. Tapi apa kejadahnya di depan suami, di dalam rumah apatah lagi di dalam bilik, bershawl litup itu semua? Eh, ini macam petikan dari blog ini pula. Hehe..

Tapi itulah. Memang dilemma betullah. nak cantik, tapi kalau pakai bukan untuk mahram contohnya suami kan dah berdosa. Nanti suami yang kena tanggung dosa tu. Ibarat kita cuba memikat lelaki yang di luar sana walaupun kita sebenarnya tiada niat pun begitu tapi itulah hakikatnya. Isteri cuma berhias untuk suami. Kalau nak bersolek tu boleh, tapi yang dibolehkan sahaja. Cukup sekadar tidak nampak terlalu selekeh. Itu ikut setakat yang saya tahu sahajalah. Kalau salah, maaf ya. 

Saya sedang berusaha. Berusaha untuk jadi isteri solehah. Saya nak slow down bergaya macam- macam gaya ni. Pasni tak mahu dah blogwalking bloggers cantik- cantik lagi. Bak kata FL, nanti kita kuranglah tahu perkembangan mereka. Alamak, pasni takleh la gi blog FL lagi sebab dia pun sangat cantik, nanti saya envy dia lagi. Hehehe.. 

Ohmaimaimai. Apakah entri ini terlalu panjang? Maafkan. 
:))

Monday 30 May 2011

Planning

I have things on my mind.
But, I can't make my mind. 
Which one?
I am planning something.
But, I don't know where and how to start. 
I want it to be a big one. A great one. A special one. A memorable one.
Oh my. Help me please. 



Sunday 15 May 2011

Terlambat lagi ;(

Hari ni 15hb.. Alahai. Lewat lagi.
Positip positip!
Sebenarnya memang dah nak post tepat pada masa tapi nih nengok nih...

Inilah yang berlaku pada hari kejadian. Macam- macam kejadian yang menguji kesabaran terjadi. Haisssssssshhh.. Blogger tetibe problem plak. Tension tau!!

Takpelah. Blog sayang, mari wish Happy Aniversary kepada saya dan suami. Hehhe..


Alhamdulillah. Dah sebelas bulan pun usia rumahtangga kami. 

Di usia sebelas bulan, diakui banyak yang kami lalui. Suka dan duka. Langit tak selalunya cerah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Kalau takut ombak gelora, jangan berumah di tepi pantai. indahkan bahasa kita? Hehe..
Di usia sebelas bulan ini, kami sudah bersedia. Bersedia dari segi mental dan fizikal. Bersedia dengan segala apa yang mungkin dan bakal terjadi. Walau apa pun keputusannya, kami sudah dan akan bersedia dengan segala sumber- sumbernya. Insyallah. Kalau jadi, saya tidak akan bercerita di sini. Kalau tak jadi, barulah saya kan hebahkan satu dunia. Apakah ia? Rahsia ;)

Last but not least, this is for my darling husband. ;)

 

Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu

Saturday 14 May 2011

Busy Like A Bee... Ngeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Lamanya tak update belog...
Assalammualaikum belog.

Kebelakangan ini sangat busy like a bee. Banyak benda nak kena selesaikan sampai pening kepala dan sakit hati juga. Sakit hati kerana banyak aktiviti sosial yang tidak berfaedah terpaksa diketepikan. Apakah? Hahahha..

Maklumlah, dah nak cuti sekolah. Tentulah busy. Sebelum bergembira di hari cuti tanpa sekolah yang heaven, kenalah bekerja secara bermatian- matian dahulu. 

Baru- baru ini, anak- anak didik saya baru selesai menduduki peperiksaan. Bila mereka sudah selesai memerah otak dan berhempas pulas menjawab soalan, kini tiba masanya hati gembira di hari raya  cikgu depa memerah otak dan berhempas pulas menanda kertas. 

Memang berhempas pulas ok. Markah perlu diserah secepat yang mungkin. Kalau tak, setiap hari dikejar oleh guru- guru kelas. Tak cukup tanah masa tu nak lari.

Tidak cukup dengan markah peperiksaan, ada banyak lagi report kena buat. Ini perlu report. Itu perlu report. Aissssshhh.. ingat ini balai polis ke apa. Nasib dah tiada parents datang sekolah report pasal I. Kah kah!

Dulu masa belum kahwin, saya ada ramai assistant yang sangat rajin dan boleh dipercayai. Kerja pasti siap dan insyallah, hasilnya bolehla saya menrik nafas lega. Dari kerja menaip soalan sampailah kerja menanda kertas soalan sampailah kerja mengisi markah dalam buku rekod, semua assistant leh buat. Asal ada upah la. Hahaha.. Assistant yang dimaksudkan ialah adik lelaki saya.

Lepas kahwin, susah sikit la nak suruh dia tolong sebab takleh nak pantau. Hahha..
Tapi, nasib baik dah hire assistant baru ;p

Kenalin assistant barunya.. ;)


Mak aiii...Serius giler.. Hehhee..
Saya terpaksa meminta pertolongan suami untuk men'total' markah kerana sesungguhnya saya alergik nombor!

Terima kasih la kepada suamiku tersayang kerana menolong menyiapkan kerja ye. Kalau tak tolong, menangislah nak siapkan kerjaan ini T___T

Dan inilah hasilnya...

Ye, saya tahu mereka pandai.. Sila tengok dulu siapa teacher mereka. Kah kah!
Ini kertas senang and first class pupils bolehla. Kalau kelas belakang, ampun!!

Last but not least, Happy Teacher's Day to me!!!


Thursday 28 April 2011

Untuk Suamiku

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang..

Aduhai suamiku,
Jelaskan niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan rasul,
Suluhkanlah buatku,
jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan Cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Sweet tak sajak di atas?
Giler sweet kan? 
Tapi, bukan I yang tulis sajak tu. Bajet sasterawan negarakah I nak tulis sajak bagai. 
Actually dapat dari SINI
Thanx bagi share ya :))
Saya suka sangat sajak ni. Setiap baris bagai menggambar hati dan perasaan saya terhadap suami. 
Harapan dan impian dalam melayari alam rumahtangga yang memang super mencabar.
Sesungguhnya, setiap bait kata sajak ini adalah realiti.
Saya selalu berasa takut jika suami merasa bosan dengan saya. 
Kalau saya dah tua, dah tak cantik, akankah suami cari lain yang lebih muda lalu meninggalkan saya?
Saya tidak mahu. 
Cinta saya hanya untuk dia.
Cinta dia juga seharusnya milik mutlak saya. 
Selepas Allah dan rasulnya.
Saya suka rangkap yang terakhir. 
Kami memang selalu tidak sama.
Apa yang dia suka, belum tentu saya suka. 
Kami selalu berbalah pendapat. 
Tapi, itulah kebahagiaan. 
Haha..
Saya tak mahu suami saya berubah sedikit pun. 
Saya mahu dia yang saya kenal dari mula. 
Sebab itu yang membuat saya suka akan dia. 

Saya pula serba kekurangan. Harap dia dapat terima saya apa adanya. 

Sajak ini sungguh menyentuh jiwa. 

Suamiku, I Love You. 
:))



Shopping is a therapy?

Siapa suka shopping, sila angkat tangan cam saya. Hehhe..
Siapa yang tak suka shopping? Bagus betullah. 
Saya ni kaki shopping. Pantang lah nampak sesuatu benda, mesti nak beli. Padahal benda tu bukan penting pun. Tapi kalau tak kua duit beli barang, macam tak sah ke ape ntah. Risau sangat duit kat bank tu tak berusik. Hissssssshhh..


Dulu, saya takleh shopping sensorang. Pantang! 
Asal shopping sensorang, tetibe je tangan penuh dengan barang.
Asal shopping sensorang je macam- macam saya sambar.
Asal shopping sensorang je, sedar tak sedar, dah ratusan wang berterbangan.
T__T

Saya jenis yang shopping sorang- sorang. Ada orang suka shopping reramai sebab the more the merrier ye tak? Leh bagi pendapat lah ape ke kan?
But for me, the more, the pening kepale. Kah kah! 
Sakit kepala tau kalau ramai orang.
 
Saya ni jenis yang pemalu. Malu tau kalau orang asyik kutuk ape kesukaan kita. Ape ketidaksukaan kita.
Asal ambil baju ni, eiiii, tak sesuai la dengan kau.
Asal ambil kasut ni, eiiiiiiii, asal cam sliper jamban nih? (Padahal memang nak beli seliper jamban. Bukan ke seliper jamban paling heaven di dunia? )
 
Hello, annoying tau. Jadi, setiap kali ada orang lain bersama ketika saya shopping, percayalah, saya tidak akan bershopping.
Saya hanya akan bershopping kalau saya berseorangan. Masa tu, percayalah, beg shopping akan keliling pinggang. Tipu! hahha.. Tanpa sedar, duit dalam wallet pun makin tipis dan nipis.

Sekarang, saya dah jarang 'shopping' sebab saya sudah tiada masa bersendiri. Nak berjalan dengan happy macam dalam heaven kat Jusco secara solo? Jangan mimpi lah! Muka Jusco pun aku dah lupa camne. Lame betul dah tak ziarah dia kan?
Haha. Maklumlah, sejak kawen ni, paham- paham ajelah. Semua kena ikut budi bicara bos. Kalau bos baik hati nak ajak jalan- jalan, dapatlah jalan kat Jusco. Pelik kan? Padahal sebelum kawen, dia yang beriya- iya ajak kita gi sana, gi sini. Lepas kawen, semua dah lain. Lelaki semua memang camni ke?
T___T

Tapi, saya tetap bershopping. :))
Masih secara solo. Tanpa ditemani sesiapa. Malah, sangat privasi. Tiada gangguan salesgirl juga :)
Syaratnya, wang di bank mesti sentiasa ada. Oh ya, pastikan anda sentiasa up-to-date dan jari- jari sepantas cahaya. Jika tidak, terlepas lah lagi ;p

Sekarang tak payah gi Jusco lah nak shop shawl baru. Tak yah gi Jusco lah kalau setakat nak beli handbag baru. Replica AAA branded handbags lagi tau ;p
Baju apa lagi, bersepah just kena sure ukuran baju di badan sendiri lah.

Online shopping is fun!!
 
Saya akan beli di blogshop yang saya dah biasa je. Kualiti barangan terjamin. Blogshop yang saya pergi memang tak banyak. Kuantity tak penting tapi kualiti barangan mereka, alhamdulillah saya puas hati sangat. Yang penting, mereka blogshop yang boleh dipercayai. Tak tipu punya woo.. Bayar arini, esok or lusa barang dah sampai dan ready digayakan. Kalau tak basuh pun tak apa, tiada orang berani kata bau kedai. Hihi..

Jika saya baru lagi dengan blogshop tu, saya baca dulu feedback dari customer mereka.  Kebanyakan blogshop ada FB, so dari situ boleh tahu prestasi mereka camne kan? Kalau blogshop yang masih baru tu, frankly, saya tak berani cuba walaupun dia jual handbag yang memang giler-cun-nak-mampus-dah-lah-murah-plak-tuh!!! 
 
Best tau online shopping ni, sebab jimat masa dan tenaga. Nak kata jimat wang, cam tipu! Kah kah! Saya tetap dapat bershopping malah kadang- kadang leh dapat barang yang ekslusif tau terutama shawl. Sebab kebanyakan blogsop jual shawl yang memang special design. Kalau ada kat luar pun, saya perhatikan kualiti kain dan design memang jauh beza. Kalau balik rumah mak saya, makcik mesti suka tanya, 'cantiklah tudung kau. Beli kat mana?' Hehhe..Memang puas hati lah bila kat kampung saya seorang sahaja yang pakai shawl cantik. Leh la berlagak cakap camni, kau ada ke? (ayat yang selalu dicakapkan kat adik- adik. kah kah!)

Ini antara blogshop yang selalu saya habiskan duit gaji tetiap bulan ;p

 
Tapi, tulah, saya tetap rindu aircond kat Jusco! Nak jalan pegang- pegang tangan ngan suami tercinta sambil lepak depan Big Apple curi Wi-fi dia selama setengah jam sebelum masuk muvie. Alahaaii, rindunya ;)