Wednesday 14 December 2011

Sunyi. Sepi. Sendiri. Aku benci :(


Saya jarang ditinggalkan. Untuk jangka waktu yang lama. 
Ada banyak perubahan yang berlaku saat ini. 

Perubahan yang sepatutnya menggembirakan. 

Seharusnya membahagiakan kerana inilah yang saya impikan. Doakan. 

Kami juga beranggapan bahawa inilah suatu permulaan. 

Aturan hidup yang lebih sempurna. 

Apa yang menggembirakannya, kegembiraan buat saya juga. 

Lagipun, bukankan ini yang selalu saya doakan di setiap sujud terakhir. Di setiap solat yang dikerjakan?

Saya patut bersyukur. 

Cinta. Kebahagian. Kesenangan dan kegembiraan menuntut sedikit pengorbanan.

Sedikit sahaja sayang. 

Sabar dan tabahlah. 

Percayalah. Ini aturanNya yang terbaik. 

Untuk aku. Dia. Kami. Kita. Mereka dan semua.

Ya Allah, aku berterima kasih dengan nikmatmu. 

Kau lindungilah keluargaku. Rumahtanggaku. 

Hilangkanlah rasa gusar di hatiku. Tetapkan hatiku untuk dia dan tetapkan hatinya hanya untukku. 

Sighhh~~ Janganlah mengeluh. Please

1 comment:

  1. ni nak komen sket, ni mohon pada pembaca ke pada tuhan doa ini?

    ReplyDelete

What do you think?