Tuesday 31 May 2011

Perempuan dan Nafsu- Nafsunye ;p

Salam. Tadi blogwalking. Selalu pun blogwalking. Blog sendiri dianaktiri. Hahaha.. Alaaa blog shayang. Meh sini meh. 

Ada terbaca satu entri ni. Memang superb. Eh? Melebih- lebih. Haha..
Penulisnya tidak lain dan tidak bukan ialah si gadis cantik manis ini. Siapa yang tak kenal dia angkat tangan? Hehe. Dia cantik kan?
I envy u! Haha. 

Oh, tadi baca entri dia yang ini. Best pulak baca entri ini. Orang kata bagai terkena batang hidung sendiri. Makan dalam la wa cakap lu. Tak gitu? Ehehe.

Bak kata FL, perempuan memang suka  envy. Hahah. Saya pun camtu. Tahu tak saya ada perangai yang pelik? Saya suka tengok wanita cantik. Suka sangat tengok wanita cantik. Memang sukalah. Suka tengok baju wanita cantik. Suka tengok mata wanita cantik. Make up dia yang mungkin membuat dia cantik dan banyak lagi lah. Pastu dalam hati mulalah nak envy. T__T

Sekarang kan trend online shopping sampai I pun salah seorang victim. Kah Kah! Blogshop ni jahat tau. Selalu menampilkan fashion- fashion yang terkini lah bagai sampai membuatkan hati bagai ditarik-tarik kena membeli. Pandai tau pujuk suruh beli. Padahal blogshop bukan leh berkata- kata. Kenapa kau tuduh dia pujuk- pujuk nih? Eh? Hahah.. 

Saya selalu nak ada apa yang terkini. Apa yang si cantik- cantik manis pakai dengan harapan saya pun menjadi cantik manis seperti mereka. Pandai bergaya u. I envy! Saya selalu blogwalking blog fashionista. Suka sangat tengok gaya mereka. 

Tapi saya sedar, saya tak akan mungkin jadi seperti mereka. Saya dan mereka adalah orang yang 180darjah berbeza (cari simbul o kecik tak jumpa. Apakah?  T__T) 
Bak kata FL, penat lah nak ikut mereka. Mereka tu fashionista, memang kerja mereka bergaya. Ditambah pula mereka tu kan memang orang yang serba- serbi ada? Yang kita ni (tunjuk diri sendiri) siapalah? Jadi yang biasa- biasa ikut kemampuan sudahlah. Tailor selalu cakap, ukur baju di badan sendiri kan? Hehe. 

Suami saya pun bising sebenarnya. Sibuk bergaya dengan shawl lilit sini sana. Sudahlah nak bersiap lambat, nampak kesian pulak kena cekik sana, cekik sini.Tapi darling, I bergaya untuk u tahu? Hehe. Tapi itulah, kalau bergaya untuk husband, tentulah di rumah sahaja. Pakai make up di rumah, pakai semua baju cantik- cantik di rumah, pakai shawl lilit sini sana di rumah. Tapi apa kejadahnya di depan suami, di dalam rumah apatah lagi di dalam bilik, bershawl litup itu semua? Eh, ini macam petikan dari blog ini pula. Hehe..

Tapi itulah. Memang dilemma betullah. nak cantik, tapi kalau pakai bukan untuk mahram contohnya suami kan dah berdosa. Nanti suami yang kena tanggung dosa tu. Ibarat kita cuba memikat lelaki yang di luar sana walaupun kita sebenarnya tiada niat pun begitu tapi itulah hakikatnya. Isteri cuma berhias untuk suami. Kalau nak bersolek tu boleh, tapi yang dibolehkan sahaja. Cukup sekadar tidak nampak terlalu selekeh. Itu ikut setakat yang saya tahu sahajalah. Kalau salah, maaf ya. 

Saya sedang berusaha. Berusaha untuk jadi isteri solehah. Saya nak slow down bergaya macam- macam gaya ni. Pasni tak mahu dah blogwalking bloggers cantik- cantik lagi. Bak kata FL, nanti kita kuranglah tahu perkembangan mereka. Alamak, pasni takleh la gi blog FL lagi sebab dia pun sangat cantik, nanti saya envy dia lagi. Hehehe.. 

Ohmaimaimai. Apakah entri ini terlalu panjang? Maafkan. 
:))

No comments:

Post a Comment

What do you think?