Friday 16 December 2011

Perjalanan masih jauh

Tiada apa yang saya hendak kongsikan di sini. 


Kadang- kadang, errr, nop.. Selalu. Selalu sangat saya berfikir kenapa hidup saya macam ni?

Anda pernah merasa kecewa?

Kecewa setelah apa yang anda hajati tidak tercapai?

Lepas tu, anda asyik bertanya dan bertanya kenapa itu yang terjadi kepada anda?

Anda sering bertanya kenapa anda? Why me? Anda mula merasa iri melihat kejayaan orang lain?
 Kenapa mereka boleh? Mengapa tidak aku?

Oh, saya selalu. Selalu sangat. Tapi versi yang lagi satu. Versi yang gembira, bukan yang kecewa.

Sejak sekolah, perjalanan hidup saya boleh dikatakan mudah. Rezeki mungkin lebih murah dan mudah. Macam segala yang saya impikan selalu tercapai.

Nak lulus exam, tercapai. Nak dapat sekian A sekian peratus, tercapai. Alhamdulillah. 

Nak dapat masuk U tu, dapat. Setiap sem nak dapat sekian gred, sekian PNGK, PNGS, alhamdulillah, tercapai. Walaupun tak pernah dean list, tapi tak pernah juga dalam list nyawa2 ikan. 

Selepas zaman uni, masuk pulak alam pekerjaan. Tak fikir panjang, saya isi borang perguruan. Memang tak fikir panjang masa tu sebab memang tak fikir apa- apa. Hanya ikut kawan. Tapi, sebelum tu, Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Sebab ini memang pengakuan berani. Masa tu isi borang sebab dah cakap dalam hati, ini ialah last choice. In case tak dapat kerja lain, jadi cikgu pun cikgu lah. Pelik dikatakan last choice sebab masa tu, itulah borang pekerjaan pertama yang saya isi. Malah, saya ingat lagi, masa tu belum pun tamat semester terakhir di universiti.

Alhamdulillah, saya lulus semua. Dari exam ke temuduga. Dari temuduga sehingga usai kursus. Dapat posting pun dekat sahaja. Masih dalam area Selangor. Area Klang. Tidak senasib rakan- rakan yang tercampak ke Sabah Sarawak. 

Dan, jodoh saya juga cepat. Dapat berkahwin dengan pilihan hati bukankah satu kegembiraan abadi? Walaupun perkahwinan itu bukanlah tentang kebahagiaan 100%. Siapa dah kawen je tau apa maksudnya. Haha. Tapi, dun worry, I am happy with all the unhappy things in my marriage. It shows our marriage is normal ;)

Tapi, entahlah. Setelah setahun enam bulan kami berkahwin, Allah masih belum mengurniakan rezeki untuk kami. Setiap bulan melihat kegagalan, saya berasa sedih. Saya tidak putus berdoa. Kami berusaha. 
Saya tahu akan tiba juga masanya nanti. Tapi, tidak tahu bila. Bersabarlah Naza. InsyaAllah. 
 
Ya Allah, dengarlah kami. Perkenankan doa kami. Aku bermohon. Amin.

2 comments:

  1. InsyaAllah the time will come. My prayer is with you. Hugs! :)

    ReplyDelete
  2. waaaaa.. hannah drop by and left comment? nak nangesh T__T

    btw, thanks and hugs too :)

    ReplyDelete

What do you think?