Thursday 30 August 2012

A Confession :)

Assalammualaikum..

Memetik kata- kata Dr Harlina, isteri kepada Dato' SMS, "keeping a secret is definitely not easy". Saya sebagai isteri kepada Dato' MMS, amat menyokong kenyataan beliau. Haha.

So, ini adalah harinya untuk saya umumkan kepada dunia. :)

We are expecting!!! I am expecting.. hehe

Alhamdulillah, He heard us, finally!

Ketika entri ini ditulis, saya sedang mengandung 7minggu. Almost 2 months :)

Perasaan:

Ya Allah, tak tahu nak cakap perasaan tu macam mana. Nak kata happy, memanglah happy. Tapi dua- dua masih blur- blur lagi. Haha.

Antara saya dan suami tentulah dia yang paling nampak happy sebab dia memang tunjuk dia happy. Habes dah satu kampung dia gtau bini dia mengandung 3minggu. Kah3! Degil. Padahal orang cakap 6 minggu dia masih nak 3 minggu. Dah minggu ke 7 pun dia masih kata bukan, abang kira 3 minggu. Yelah, abang kan doctor ;p

Saya bukan tak happy. Happy sangat. Mungkin lebih- lebih happy dari dia. Tapi, happy saya tak nampak. Haha. Cuma boleh dibaca ja. Eh? Hahaha!!! Saya tak terlalu excited gi jumpa semua orang and bagitau saya pregnant. Cuma kawan terdekat saje yang tau. Entah ye, saya malu la nak gtau semua orang. Apelah kau ni. Macam pregnant tade husband pulak nak malu- malu T_________T

Walaubagaimana sekalipun saya cuba merahsiakan daripada pengetahuan ramai orang, masih lagi ramai orang yang tahu. Hehe. Mungkin saya ada hint- hint sikit kat fb. Dasar. Konon nak rahsia tapi hint. Lempang taula. Haha. So, bagi kawan- kawan yang macam terhidu sesuatu yang pelik, ada yang tanya. Kalau tanya kat fb melalui komen, saya cuma like je. Haha. Kalau yang personally message, baru saya akan personally jawab yang beanr. Haha.

Ada juga rakan- rakan yang bagi ucapan macam ape. Haha. I malu tau! Tapi terharu. Haha. So, disebabkan itu juga, saya rasa better I stop keeping it as a secret. Its time.. Hehe. Ada yang best siap message mintak bagi tips. Aduiiii, jangan buat malu aku la! Haha. Malu tau I ;p

Bagaimana ianya bermula:

Bak kata suami, ini rezeki Ramadan yang mulia :)
 Oh ye, nak bagitau, saya puasa penuh tahun ni!! Alhamdulillah. Dah berzaman kot tiada istilah puasa penuh. Hehe..
Masa nak habeskan puasa tu, saya berdebar- debar sungguh. Rasa macam tak sabar nak raya. Cepatlah habes puasa. Bukan sebab beriya- iya nak raya, tapi nak menunggu keputusan. Mungkinkah puasa penuh? Mungkinkah tidak puasa penuh? Memang thrill betul. Hehe.

Sepatutnya  2 minggu terakhir puasa tu saya boleh raya dulu dah. Hehe. Bila lewat sehari, saya senyum segaris. Period saya memang sangat regular. Tak pernah lewat. Cepat 2-3 hari adalah. Bila lewat 2 hari, dah tak senyum dah. Berdebar- debar. Bila lewat 3, 4, 5 hari, saya dah tak mampu nak tidur lena. Nak masuk tidur pun takut. Nak bangun tidur pun takut. Takut menghadapi hari esok. Huhu. Serious. Saya takut. Kalau esok bangun tetiba period camne? Kan mesti sedih?

Selalu sebelum tidur cakap ngan suami, takut nak tidur. Haha. Tapi kawan yang satu- satunya tahu cerita ini dari awal, hehe.. selalu nasihat saya jangan terlalu fikirkan. Nanti saya stress. Yelah, memang stress.

Tapi, diam tak diam saya berdoa juga. Ya Allah, kalaulah kelewatan ini memberi khabar gembira, Kau lewatkan lah lagi. Kau hold dulu periodku selama 9bulan 10hari. Berikanlah kami khabar gembira. Aku teringin merasai keajaiban menjadi wanita sempurna. Saya doa ni setiap kali.

Bila dah lewat seminggu, suami nasihatkan saya buat test. He was over-excited by that time. Saya yang berdebar- debar. Hishhh, tak habes- habes berdebar- debar. Haha. But, this is serious tau. Memang tu aje yang saya rasa.

Sebenarnya saya ada pengalaman sekali. Tahun lepas. Lewat juga 6hari. Masa tu kira first time lah lewatkan. Selapas 1tahun 6bulan kawen. Punya bersemangat buat UPT, negatif. Tunggu berjam- jam tetap negatif. Alih- alih, masa nak mandi petang tu, she came! Frust betul.

Berdasarkan pengalaman mengerikan itulah saya tidak berani buat UPT test seawal seminggu. Takut sejarah mungkin berulang.. Saya tak berani terima kenyataan yang mensedihkan hati. Haha.. Saya cakap kat suami, nantilah dulu. Tunggulah dua minggu baru buat test. Tapi dia belikan jugak UPT kit tu.

Memang degil tol xmahu buat test. Takut gagal. Loser. Haha.
Tapi atas nasihat seorang rakan baik yang sangat sayang saya, eh? Haaha. She said, lagi awal, lagi baik. Boleh buat langkah berjaga- jaga. Kau tak sayang ke Naza? Korang tunggu lama, kalau tiba- tiba hilang camtu je sebelum kau tahu (yang degil xmahu ambil tahu) kan ke rugi. Pergi try. Tak yah gtau Adi dulu.

Time tu macam ada batu besar terhempap kat kepala. Oh, sangat terkesan nasihat itu. Saya tak mahu kehilangannya dan paling teruk sebab saya sendiri yang tak mahu ambil tahu tentang kehadirannya.

So esok pagi- pagi sebelum sahur saya wat test.

Jeng jeng jeng.. Tak payah nak jeng jeng jeng sangatlah. Haha..

Lepas aje wat test saya keluar toilet secara terburu- buru. Mencari suami. Muka memang suspen giler. Kat dapur ada kak ipar tengah wat air. Dia tanya kenapa? Mesti sebab dia tengok muka saya ketakutan atau blur. Haha. Melilau cari suami. Kenapa, paip tercabut ke? Kak ipar nak masuk toilet, saya tahan tak bagi masuk.
Kah3. Lawak giler! Nasib pastu suami saya masuk. Saya tunjuk keputusan. Hahaaha!!!

Dani, tahun depan ko kena sediakan duit raya!! Suami saya jerit. Dem! Saya tutup mulut suami. Kamu ni orang nak rahsia dulu kok! Kok dibagitau kok? Kok kok? kok? kok???
                       
                             Ko jawe ye? Taklah, aku melayu kok!!!

Jadi begitulah ceritanya.  Ceritanya pendek aje kok, tapi penulisnya mengada- ngada tulis panjang- panjang. Hish aku ni dok kok kok  kok. Ni semua pengaruh budak- budak  kat kelas. Jawa betul. Eh, saya bukan xmengaku jawa, cuma dah lama dah tak guna. Last zaman sekolah jugak kot. Sekarang environment kanak- kanak yang sangat innocent dan jujur, saya terpengaruh dengan mereka. Haha.

Kesinambungan cerita ini, saya buat test dua kali lantaran ketidakpercayaan pada keputusan yang pertama. Kali kedua masih dua garis menghasilkan senyuman bergaris- garis di wajah saya yang ayu ini <<--- paaaang!!

Saya gembira. Suami gembira. Kami semua gembira.

Saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mendoakan kami. Dan, saya ingin memohon lagi. Teruslah doakan kami. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Semoga semuanya dipermudahkan. Ameen

Paling penting, saya bersyukur sangat kepada Allah. Terima kasih kerana mangabulkan doa kami. :)

ps: Ada banyak lagi nak story. Harap- harap pasni belog tidaklah sunyi lagi. Insya Allah :)