Tuesday 22 May 2012

Lelaki Saya

Assalammualaikum

Hari ini perasaan agak senang sedikit. Minggu ni budak- budak exam. So, cikgu dia relax ja. Hehehe..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab kan? How time flies.

Semalam ramai rakan FB yang mengingatkan sesama sendiri untuk baca doa bulan Rejab.

So, malam tu saya pun mengingatkatkan husband baca doa tu lepas sembahyang maghrib.

Then, konon- konon nak jadi isteri yang macam bijak sangatlah. Mula sesi soal jawab.

Isteri: Abang, kamu tau tak apa keistimewaan bulan Rejab.
Suami: Hmmm..
Isteri: Pertama: berlaku peristiwa isra' Mikraj.
         Kedua: solat 5 waktu diwajibkan kepada umat islam.
         Ketiga: berlaku Perang Tabuk.
Suami: Ada lagi peristiwa penting. Kamu lupa ke?
Isteri sambil tergopoh- gapah mengambil handphone. Kantoi di situ sebab bukanlah bijak sangat tapi sebab baru habis baca kat FB.

Isteri: Tade la. Itu aje.
Suami: Kamu kawen bulan Rejab. Kita kawen bulan Rejab. Kamu lupa ke?
Isteri: Err.. Tak lupa. Tak.. Tapi ingat kalendar yang lagi satu tu aje.. 

Haha..

Ape- apepun, sama- samalah kita perbanyakkan amal. tak kiralah bulan apa pun. yang penting beramal kerana Allah. Bukan kerana ganjaranNya. Kita semua percaya, janji Allah itu pasti. Kalau kita beramal keranaNya, pasti akan ada ganjarannya, bukan?

Sunday 20 May 2012

Rezeki

Salam.
Hari ni rasa sebak pulak. Kah3. Manjang nak sebak. Sepak nak?
Hew hew.

Saya menghitung hari bahagia yang menyebakkan.
Next month is our 2nd anniversary.
Tahun kedua. Masih berdua. Tetap berdua. Tak tahu sampai bila.

Saya cuba yakinkan hati. Andai sampai masanya, masanya akan tiba jua nanti.

Rezeki itu rahsia Allah.
Siapalah kita nak mempersoalkannya.

We do our best.
He'll do the rest.

Amin :)

Nota nak kena kaki: Tahun ni tak tahu nak celebrate camna. Nak bagi hadiah apa tak tau. Semua dah ada kot. Haha. Nak ajak melencong, hmm.. plan melencong. Sejak beliau bekerjaya baru, susah nak bercuti. Nak g kenduri sedara- mara pun, terpaksa bercatu- catu. Harus suami isteri duduk depan schedule besaaar punya susun jadual. Saya tau saya tak boleh demand lebih- lebih. Saya tau dia yang melaluinya lagi terasa lebih. Bersabarlah dahulu. Allah tu Maha Adil. Sabarlah. Sabar :)

Friday 11 May 2012

FB Timeline, me Like :))

Siapa tade FB? Tipuu.. Hehe. Tapi ade gak kan orang yang memang tade FB. Yang dulu ade FB pun sekarang ramai yang dah tak berFB. Ramai kawan saya yang dah slow FB. Mereka semua prefer Twitter. Saya pun ade Twitter. Tapi tak pandai guna lah. :p

FB sekarang memang dah tak semeriah dulu la kan? Dulu banyak betul best friend nak gossip- gossip. Sekarang dah tak macam dulu. Sepi je. Takpelah. Asal masih ada ruang bersosial dengan kawan- kawan kan? Pujuk diri sendiri. Haha.

Korang pernah try tak FB Timeline? Best giler!! You should trylah! Saya dah try and sangat sukakannya. 

Sebab ape? Sebab dia best. Kah3! Saya selalu rindu masa lalu saya. Well, saya ni seorang yang agak sentimental jugala. Haha.. 

Kalau guna timeline ni yang bestnye kita boleh review balik semua post kita dalam FB dari mula- mula kita join. It's timeline kot! Ada tahun sejak we were born sampailah yang latest.

Why I soooo in loved with htis timeline?
1) Sebab boleh check balik semua benda yang kita post n share dekat FB sejak dari mula- mula berkecimpung dalam bidang FB. Wahaha. Kalau FB yang lama, susahnya nak click yang sebelum- sebelum tu kan? Lama sangat dia loadingnya pun adooii! Tapi, tidak lagi dengan FB Timeline. Anda hanya perlu pilih tarikhh/ tahun and tadaaaaaaaaaaa.. keluarlah segala cerita lama ;p

2) Saya seorang yang sentimentel ;p
Perkara paling seronok bila saya mengimbau- imbau zaman bercinta dengan husband. Walaupun dia bukan rajin post something kat wall saya, tapi yang sedikit itu membuat saya tersenyum :)

3) Saya juga boleh check kegembiraan berFB dengan kawan- kawan sebelum mereka berpaling tadah. Wahaha! Yelah, sekarang semua orang macam banyak komitmen yeng menyebabkan mereka sudah jarang berFB. Sibuk kerja. Sibuk anak. Sibuk itu sibuk ini. Saya tak suka nak menyatakan ini, tapi yeahhh. kehidupan dah banyak berubah. Sama ada kita suka atau tak, kita kena berubah. Sama ada kita sedar atau tak, kita memang sedang berubah. Saya rasa saya seorang sahaja yang tak berubah. Pang!!! Haha. Cakap tak serupa bikin ini orang!!! Ada segelintir kawan- kawan saya yang dah lain. i know they all bukan melupakan kawan- kawan, tapi komitmen. Komitmen yang membataskan kan kawan- kawan? Jadi, saya suka baca balik post- post lama dengan kawan- kawan. Terbayang happynya kami berbalas komen. Komen- komen yang kadang kala kami sahaja yang faham apa yang diperkatakan. T____T
Kawan- kawan, bilalah kita akan berjumpa macam dulu lagi?? JOmlah! Buat reunion!!!!

Anda yang tak suka Fb Timeline, cubalah mensukakannya. Hahah. Saya tak tau di mana kelecehan FB Timeline. Sebab benda baru memang awalnya susah, tapi lama- lama bila kita sudah biasa, relax je kot ;))

Lamanya.

Assalammualaikum. 
Waaaahhh! Lama giler tak update belog. Dah bersawang dan berlalang. T____T
Malaslah. Takdak mood. Cintaku pada belog baru ini masih tak tumbuh- tumbuh. Tapi suka sangat baca belog orang lain. And rindu pulak pada belog sendiri. 

Begitu lama tak buka belog, tak tau pun blogger ni dah berubah. Patutlah. Ada baca status FB sorang kawan dia cakap susah dengan blogger baru. Then, saya pun fikir, Blogger baru? Apakah? Takde minat pun nak tau. Hehe. Tapi hari ini dibukakan hati untuk bukak blog yang macam sangat kesian ni. Blank juga memula. Aikkkk? Camno ni? Tak faham sepatah haram pun. Hihi. But, nasib baik kita bukanlah buta IT sangat kan? Hahah! Godek2 ok jumpa gak mana tempat harus dituju. Lama- lama nanti biasa la kan? 

Apa nak cerita di belog ni? Tak tau. I have no story to tell. Hmmm.. My life is such a boring one. Wahaha!
Ada banyak story nak morry. But, I just dunno how to start. Betul ke nak share dekat sini? Mana satu cerita patut share even at the first place saya berbelog adalah untuk mengabadikan semua cerita saya dan orang- orang kesayangan saya. Saya manusia. Sama macam anda. Tak kira bagaimana kita yakin kita tidak akan terlupa sesuatu perkara, kita pasti akan lupa juga. Jadi, caranya ialah dengan mencatat perkara itu. Saya ni seorang yang sentimental T_____T.
 Suka hidup dengan kenangan yang indah- indah. Yang tak indah pun terpaksa suka sebab itu adalah kisah hidup saya. 

Tapi tulah. Setiap kali nak tulis sesuatu cerita, I have to remind myself, jangan tulis everything. Ada sesetengah perkara perlu disimpan. But yang mana satu? Saya masih keliru. Senang cerita, tak payah tulis semua. T____T

Akhir kata untuk semua
;p