Tuesday 13 September 2011

Dulu Lain. Sekarang Lain ;p

Hello dan assalammualaikum. 

Bestnya harini kerja separuh hari dalam erti kata separuh hari yang separuh hari. Selama ni,  i kerja separuh hari juga. Tapi keluar hampir tengahari balik tak nampak matahari. Hehe.. Hari ni jaga exam. UPSR. Paper setakat jam 12. 30 tadi. So, selepas itu bolehlah chaloo!! Best betul sampai rumah awal ye. Kalaulah hari- hari begini tentu heaven giler. :))

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Hehe.. Di kesempatan kerja separuh hari ini juga saya ingin berkongsi satu cerita. Bukan senang nak lepak depan lappy waktu- waktu begini di kala berseorangan diri di rumah.

Dulu dalam belog lama ada satu entri pasal 'Dating Dulu, Dating Sekarang'. Entri tu ialah entri yang I menunjukkan I bitter sensorang kan? Haha. Beberapa hari lepas, saya dan suami dalam perjalanan dari satu tempat ke satu tempat. Haha. Sudah lupa dari mana hendak ke mana. Tapi yang pasti, kami berada dalam kereta. 

Dulu, sepupu saya selalu cakap, benda paling heaven yang boleh dibuat dalam kereta adalah makan dan dengar radio. Saya pun tak paham kenapa kami rasa makan dan dengar radio dalam kereta tu adalah benda paling best. Kah3!

So, time tu saya enjoy dengar satu lagu. Rasa nya lagu baru Sofaz: Seperti Di Syurga kot. Then, sambil nyanyi sambil la gatal tangan tulis lirik kat tissue kan. Ceh, lirik jiwang karat kot lagu tu. Sampai kat traffic light suami jeling- jeling apa saya tulis. Then, dia senyum. Dengan tak semena- mena saya terus bagi ayat power kat dia. tapi, ini di bawah sedar ye. Haha!

'Jangan nak perasan ye. Ni lirik lagu'. Boleh saya cakap camtu kat suami. Then, dia terdiam. Saya pun terdiam. Pastu dia buat muka kerek. Saya terkebil- kebil. Tetiba baru terasa diri berada di alam nyata dah. Tiada lagi rasa di syurga. Saya ketawa terbahak- bahak. Memang lawak la. Suami saya cuma kata, 'kamu ni giler ke?'

Saya ketawa tak henti- henti. Dalam hati saya terfikir, camne la saya boleh cakap camtu kat suami. Sekarang ni, kerek tol hang dengan laki sendiri ye?

Alkisahnya, dulu kalau boleh semua lagu chenta nak ditujukan kat bakal suami. Asal ade lagu chenta baru- baru, mulalah nak berangan dialah watak utama dalam lagu. Asal keluar lagu baru cepat- cepat gitau si dia, eh, dengar tau lagu ni. I tuju kat U. Then, kalau bagi kad ke, surat ke ( ade ke?), notes ke, SMS ke, mesti nak gak selit- selit bait- bait dari lirik lagu chenta. Then, berangan plak.. kalau buat video clip, aku ngan dia are just perfect for the vid. Kah3! Sekarang ni boleh plak kau kate jangan nak perasan, ni lirik lagu? Kau ni memang nak kena beduk oii!! Kah3! 

Itulah lawak di suatu hari yang lalu lalu. Lawak di petang hari yang tak sengaja telah membuat saya senyuuuum sepanjang hari. Saya terkenang kisah dulu- dulu semasa masih bujang dan dara. Eh? Haha. Selepas kahwin, memang lain. Percayalah. Kalau tak sikit, banyak yang lain. 

Haha. tapi, kasih sayang saya pada dia tetap sama. Malah ada hari- hari tertentu saya makin sayang kat dia. Hari tertentu je. Contoh kalau hari yang banyak sangat marah dia. Gaduh ngan dia. Malam nak tidur, saya mesti tengok muka dia lama- lama dan rasa bersalah sangat kenapa saya mesti buat dia kecik hati. Kenapa saya tak lepaskan ego? Kenapa saya tak boleh nak bersabar? Kenapa saya turut nak tunjuk hebat dengan bermarah- marahan? Kenapa saya tak nak lembut hati dan macam- macam lagi. Esok pagi mintak maaf dan petangnya balik kerja buat lagi. Haha. 

That's life. Sedangkan lidah lagi tergigit, so yeah..  As long as we know how to tackle it should be no problem right?

Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami. Janganlah Kau uji kami dengan cubaan dan dugaan yang tidak mungkin dapat kami tanggungi. 

Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. 


“Robbi habli minassolihin” Surat As-Saffaat (37):100 
Amin.

No comments:

Post a Comment

What do you think?