Thursday 22 September 2011

Bila Sekolah Sudah tidak Selamat :(

Assalammualaikum dan selamat malam :)

Malam Jumaat yang sepi. Suami pergi main badminton. Lepas raya dia mengembang bagai belon. Kah3! Ape- ape je lah sayang, I tahu  u panas bontot dok rumah. Phone asyik ringing. Semua peminat dah tanya bila tuan ketua dewan nak bukan dewan. Susah jadi orang penting dalam kampung ni kan? Takpe sayang, semoga kamu jadi somebody nanti. Even dalam kampung pun ok la. Haha. Kata- kata satu doa. Sekian. 

Berbalik pada tajuk. Dunia sekarang sangat dasyat. Dasyat sangat.

 Tadi kat sekolah ada rompakan. Kecurian. Kepecahan. Ketakutan. Tangisan. 

Ada kereta cikgu dipecah. Kebetulan dia tinggal handbag dalam kereta. Untuk lebih kebetulan, dia baru withdraw duit dari bank. Jumlahnya agak banyak sebab she's gonna have her wedding caremony next week. Duit itu sebagai duit angpow. Biasalah, chinese kahwin pengantin mesti bagi red packet pada parents and elders kot. 
Dalam handbag jugak ada duit donation dari murid- murid kelas dia. Bukan donation untuk dia kahwin. Tapi, donation yang dibuat oleh sekolah untuk sekolah. Kasihan.

Dia nangis dengan teruk. Tengok muka dia pun, rasanya dia sangat takut. She was shaking. Cakap menggigil- gigil sampai tak jelas apa yang dia cakap. 

Sebenarnya dia tak sekolah hari ni sebab ada kursus, Tapi, dia datang sekolah untuk ambil record book. Yelah, esok Jumaat nak kena hantar. Dia datang dengan seorang budak lelaki. Mungkin adik, mungkin nephew. That boy was so cute. Adalah dalam 10 or 15 minutes dia kat office while the boy entertained us. He is soooo cute ok. 

Lepas tu, dia pun balik. Tak sampai lima minit dia naik atas lagi. Dengan menagis tersedu- sedu. Bersandar kat pintu macam tak mampu lagi nak berdiri. Dia cakap sesuatu, tapi saya tak faham dia cakap apa. Ok, fine! Dia cakap cina memang saya tak faham satu hapa pun. Maksudnya, dia ada bercakap, mulut ada gerak, tapi suara tak keluar. Cuma dengar suara dia menangis. 

Rupanya kereta dia kene pecah. Handbag kena curi. Semua dokumen, handphone dan duit 'selamat'.  Saya terkejut. Semua terkejut. Cikgu yang ada semua berkejar ke tingkap. Dia parked kereta dia dalam kawasan sekolah. Paling depan kat parking lot. Means yang paling hampir dengan bangunan sekolah. Kemudian, ada cikgu berlari- lari turun ke bawah. Nak tengok lebih dekat.Cikgu tu pulak dah tak tahu macam mana dah. Dia sedih. Dia takut. Saya kasihan. Tetiba bulu roma saya pun meremang je. Seram! 

Tak fahamlah macam mana boleh ada pencuri masuk. Kalaulah kata dia parking kereta di luar kawasan sekolah, boleh lah terima kereta kena pecah. Ini dalam sekolah. Bukan ke sekolah adalah tempat paling selamat? Mesti semua tertanya- tanya, kenapa dia tinggal handbag dalam kereta. Seperti yang saya cakap, sekolah adalah tempat selamat yang memang tidak mungkinlah ada pencuri dari luar yang melakukan kerja terkutuk itu. 

Sekolah saya ni sekolah paling fussy saya pernah pergi ok. Ok, saya cuma ada 3-4 sekolah aja. Itu pun sebab masih bergelar pelajar. Saya dari SK. Tetiba posting gi sekolah cina saya sangat terkena kejutan budaya.  Fussy gila terutama pasal keselamatan pelajar. Sampai satu tahap, saya rasa anak- anak cina ni terlalu manja. Tapi lama- lama saya rasa bagus juga peraturan ketat macamni. Keselamatan terjamin. InsyaAllah.

Itulah yang semua cikgu menjadi pelik dan marah. Secara tiba tiba perkataan guard keluar. Dan paling teruk, gate terbuka dengan seluas- luasnya! Apakah bala? Tahulah apa jadi seterusnya kan? Saya sendiri pun macam nak marah. Kenapa gate terbuka seluas- luasnya? Bukan ke patut ditutup setiap masa? 

Macam- macam spekulasi timbul. Semua nak jadi detektif Conan. Buat andaian sendiri. Ada yang cakap orang luar lah. Ada yang confirm cikgu ni dah di'aim' sejak kat bank lagi tu yang follow sampai ke sekolah, dan memang rezeki dia tinggal dalam kereta. Ada gak yang cakap ni mungkin kerja orang dalam since guard kata tiada orang luar masuk. Hmmm... Entahlah. time camni, pak guard tentu rasa terancam bila dia tahu ini memang silap besar dia lalu harus mencari alasan kukuh membela diri, Tapi, kenapa dibiar gate terbuka luas? Possibility strangers nak masuk memang sangat besar.

Ade check CCTV bagi mencari keputusan pasti bagi mengenal pencuri. Tapi sayang! CCTV tiada cover kawasan kejadian!! Aduh, memang malang betul lah! 


Ape- ape pun, memang silap kita lah kan kalau tinggal barang berharga dalam kereta walau kita rasa selamat. Walau kita rasa nak tinggal kereta dalam jangka masa sebentar saja. Seolah- olah memang membuka pintu rezeki kepada orang yang tak reti mencari rezeki yang halal ni. 

At the same time, bagi saya lah, pak guard pun salah juga. Tugas mereka menjaga kawasan sekolah dari anasir luar ma. Sekolah bukan tempat suka- suka hati nak masuk nak keluar. Bukan macam fun fair. Ada banyak jiwa muda pelapis bangsa di dalam sana. Jiwa tua yang banyak berjasa pun ada juga. Jadi, kenang la jasa sikit kan? Huhu..

Apa- apa pun, (hari ni tema apa- apa pun kah? Apa- apa ajelah) kita memang kena sentiasa berwaspada. Macam bawa kereta. Kalau kita dah berhati -hati, oranglain mungkin  pentingkan diri. Begitulah kehidupan. 

Kepada cikgu yang mahu berkahwin, kami orang melayu selalu cakap. Orang yang nak kahwin ni, berdarah manis. Macam -macam hal boleh terjadi. Dugaan nak membina masjid. Eh, you pun boleh dikira membina masjidkah? Takpelah, anggaplah bukan rezeki you. Yang penting you selamat kan? 

No comments:

Post a Comment

What do you think?