Wednesday 10 August 2011

Salam Ramadhan

Assalammualaikum.
Rindu berbelog. Tapi apa nak buat. Cintaku bukan di sini. Cintaku di Cardova. Eh?
Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam. 
Diam tak diam dah sepuluh hari berpuasa kan? Cepat sangat masa berlalu.

Ini adalah tahun kedua saya berpuasa dan beraya bersama suami. Tahun kedua sebagai isteri. Tahun kedua masih merayakannya secara berdua juga. Hmmm.. oke oke.. cut cut that sad stories. Takmo apa- apa yang memprovoke diri sendiri untuk berasa sedih oke? Jangan diragui rezeki Allah :))

So, puasa tahun ni biasa- biasa saje. Tapi penat sikitlah. Puasa sambil bersekolah agak memenatkan. Rasanya tahun lepas taklah sepenat ini. Kenapa ya? Biasalah. umur makin meningkat, tapi badan makin tak sihat. 

Hmmm.. Cerita pasal badan tak sihat. Rasanya nanti nak kena gi cek doktor lah. Saya ade sedikit kerisauan tentang tahap kesihatan diri sendiri. Tapi, takut nak jumpa doktor. Takut tetibe doktor cakap ade penyakit kronik ke ape ke kan?

Sebenarnya dah lama benda ni. Tapi, sejak akhir- akhir ni semakin menjadi- menjadi. Mengganggu akal dan fikiran betul. Tak tenang. Actually pasal berat badan. Since second year kat UKM lagi benda ni dah jadi. Berat turun aje. Tak pernah nak naik- naik. Kalau naik setakat dua kilo paling banyak. Itupun kena tunggu berbulan- bulan baru dapat. 

Saya rasa kadang- kadang dunia macam tak adil kot. Ada banyak orang nak turunkan berat badan tapi tak turun- turun kan? Macam- macam dah buat. Makan pil tu. Makan pil ni. Minum susu tu lah. Diet lah. Gym lah. Tunggulah berbulan- bulan turun setakat sekilo je. Hampalah lagi. 

Tapi, ada jugak orang yang nak naikkan berat badan. Sebab terlalu kurus. Tinggal tulang aje. Sekeping je. Macam playwood. Kalau tiup angin pun boleh tumbang. Tak cantik plak tu. Macam- macam dah saya buat. Eh, saya plak? Hehe.. Makan banyak- banyak. Ambil multivitamin, B- complexlah. Acid folic lah. Minum susu lah. macam- macam susu. terbaru minum weight gain. Sedap giler! bau harum giler and paling penting, giler MAHAL!
Tapi, masih macam tu jugak. Tiada perubahan. Saya risau. Saya jenis yang susah nak naik berat. Kalau naik sekilo or dua kilo ke, saya dah cukup gembira. Syukur sangat. Tapi, nak dapat result camtu, kene makan berbulan- bulan. Tapi, kalau saya tak makan sehari, berat boleh turun dengan cepatnya! Dengan banyaknya! Sedeh! Puasa lagi buat saya bertambah risau. :(

Saya selalu cakap kat kawan- kawan saya nak naik berat. Sukanya kalau berat saya back to normal cam dulu. BMI saya sepatutnya around 48kg to 50kg. Zaman sekolah itulah berat saya. Cukup makan? Pasti. mak masak. Sedap. Makan 5 kali sehari, weee!!  Tiada stress? Correct! Setakat stress dengan kerja sekolah apalah sangat kan?

Dulu time sebelum kahwin, ramai kawan cakap, nanti pas kahwin naiklah berat tu. Tipu! Tak naik- naik pun? Makin turun adalah! Saya risau! Risau! Pastu mereka berkata lagi, tak payah naik berat sekarang, nanti pas dapat anak, naiklah. Hah, time tu jangan menyesal plak kalau badan dah takleh jadi macam dulu. Saya paham. Orang lepas bersalin selalunya semua dah lari. Allignment larilah. Shape larilah. Apa- apa aje. 

But in my case, its a different story! Saya ialah underweight! A serious underweigh-er. Heheh.. Sedih tau! Orang semua baju tak muat- muat. Titiap tahun baju makin besar makin besar. Saya tetiap tahun memang baju pun semakin besar tapi sebab saya yang makin mengecil. Sedih! 

Pernah ada seminggu tu, saya menangis puas- puas. Saya risau! Gara- gara tukang urut punya cerita. Jahat dia buat saya sedih! Benci! Pasni dah tak mo jumpa dia dah. Dia asyik cakap kalau saya takleh dapat baby, nanti suami saya carik perempuan lain. Means, dia kawen lain la. Sebab ape saya takleh dapat baby? Sebab kurus sangat. Sebab kurus!!! Kurus!  Saya diam aje. Sebab dia orang tua. Tapi, air mata dah tumpah tanpa paksa- paksa. 

Semua orang risau saya makin kurus. Semua orang perasan saya makin kurus. Suruh makan banyak- banyak. Saya dah. Saya pun tahu saya makin kurus. Tapi, ada seorang je yang tak cakap saya kurus. Suami saya. Dia cakap saya ok aje. Tapi, ade satu hari dia kantoi depan makcik saya. Dia kata takkan dia nak kata saya kurus. Nanti saya sedih nangis tak henti- henti. Biarlah cakap saya oke. Biar saya happy dan tak nangis lagi. 

Saya tahu!!!! Walau apepun yang berlaku, saya tetap ada suami saya di sisi! Walaupun orang lain nak kata paa pun, saya tidak boleh peduli! Kata- kata mereka tak penting. Suami saya yang penting kan? Walau semua orang buat saya sedih, saya tahu akan sentiasa ada orang yang akan buat saya gembira. Dia lah yang akan gembirakan saya walau apa pun yang berlaku. Saya cantik ke tak cantik ke, kurus ke gemuk ke, dia tetap sayang saya kan????


Tapi, saya tetap sedih! Saya nak gemukkan badan sedikit. Saya nak kembali normal sebab saya nak gembirakan suami saya juga. Plissssssssssssssshhhh!

1 comment:

  1. dengan ini aku cadangkan agar mu mula bersenam...pergi gym kalau ada...sebulan dua lepas bersenam...then stop...then otot2 akan cepat diganti dengan lemak...dan ia mmg susah nak turun..klu xcaya..tgk aku, zul, rey...kami sume mangsa exercise dan stop..huhuhu..

    ReplyDelete

What do you think?