Tuesday 31 May 2011

Perempuan dan Nafsu- Nafsunye ;p

Salam. Tadi blogwalking. Selalu pun blogwalking. Blog sendiri dianaktiri. Hahaha.. Alaaa blog shayang. Meh sini meh. 

Ada terbaca satu entri ni. Memang superb. Eh? Melebih- lebih. Haha..
Penulisnya tidak lain dan tidak bukan ialah si gadis cantik manis ini. Siapa yang tak kenal dia angkat tangan? Hehe. Dia cantik kan?
I envy u! Haha. 

Oh, tadi baca entri dia yang ini. Best pulak baca entri ini. Orang kata bagai terkena batang hidung sendiri. Makan dalam la wa cakap lu. Tak gitu? Ehehe.

Bak kata FL, perempuan memang suka  envy. Hahah. Saya pun camtu. Tahu tak saya ada perangai yang pelik? Saya suka tengok wanita cantik. Suka sangat tengok wanita cantik. Memang sukalah. Suka tengok baju wanita cantik. Suka tengok mata wanita cantik. Make up dia yang mungkin membuat dia cantik dan banyak lagi lah. Pastu dalam hati mulalah nak envy. T__T

Sekarang kan trend online shopping sampai I pun salah seorang victim. Kah Kah! Blogshop ni jahat tau. Selalu menampilkan fashion- fashion yang terkini lah bagai sampai membuatkan hati bagai ditarik-tarik kena membeli. Pandai tau pujuk suruh beli. Padahal blogshop bukan leh berkata- kata. Kenapa kau tuduh dia pujuk- pujuk nih? Eh? Hahah.. 

Saya selalu nak ada apa yang terkini. Apa yang si cantik- cantik manis pakai dengan harapan saya pun menjadi cantik manis seperti mereka. Pandai bergaya u. I envy! Saya selalu blogwalking blog fashionista. Suka sangat tengok gaya mereka. 

Tapi saya sedar, saya tak akan mungkin jadi seperti mereka. Saya dan mereka adalah orang yang 180darjah berbeza (cari simbul o kecik tak jumpa. Apakah?  T__T) 
Bak kata FL, penat lah nak ikut mereka. Mereka tu fashionista, memang kerja mereka bergaya. Ditambah pula mereka tu kan memang orang yang serba- serbi ada? Yang kita ni (tunjuk diri sendiri) siapalah? Jadi yang biasa- biasa ikut kemampuan sudahlah. Tailor selalu cakap, ukur baju di badan sendiri kan? Hehe. 

Suami saya pun bising sebenarnya. Sibuk bergaya dengan shawl lilit sini sana. Sudahlah nak bersiap lambat, nampak kesian pulak kena cekik sana, cekik sini.Tapi darling, I bergaya untuk u tahu? Hehe. Tapi itulah, kalau bergaya untuk husband, tentulah di rumah sahaja. Pakai make up di rumah, pakai semua baju cantik- cantik di rumah, pakai shawl lilit sini sana di rumah. Tapi apa kejadahnya di depan suami, di dalam rumah apatah lagi di dalam bilik, bershawl litup itu semua? Eh, ini macam petikan dari blog ini pula. Hehe..

Tapi itulah. Memang dilemma betullah. nak cantik, tapi kalau pakai bukan untuk mahram contohnya suami kan dah berdosa. Nanti suami yang kena tanggung dosa tu. Ibarat kita cuba memikat lelaki yang di luar sana walaupun kita sebenarnya tiada niat pun begitu tapi itulah hakikatnya. Isteri cuma berhias untuk suami. Kalau nak bersolek tu boleh, tapi yang dibolehkan sahaja. Cukup sekadar tidak nampak terlalu selekeh. Itu ikut setakat yang saya tahu sahajalah. Kalau salah, maaf ya. 

Saya sedang berusaha. Berusaha untuk jadi isteri solehah. Saya nak slow down bergaya macam- macam gaya ni. Pasni tak mahu dah blogwalking bloggers cantik- cantik lagi. Bak kata FL, nanti kita kuranglah tahu perkembangan mereka. Alamak, pasni takleh la gi blog FL lagi sebab dia pun sangat cantik, nanti saya envy dia lagi. Hehehe.. 

Ohmaimaimai. Apakah entri ini terlalu panjang? Maafkan. 
:))

Monday 30 May 2011

Planning

I have things on my mind.
But, I can't make my mind. 
Which one?
I am planning something.
But, I don't know where and how to start. 
I want it to be a big one. A great one. A special one. A memorable one.
Oh my. Help me please. 



Sunday 15 May 2011

Terlambat lagi ;(

Hari ni 15hb.. Alahai. Lewat lagi.
Positip positip!
Sebenarnya memang dah nak post tepat pada masa tapi nih nengok nih...

Inilah yang berlaku pada hari kejadian. Macam- macam kejadian yang menguji kesabaran terjadi. Haisssssssshhh.. Blogger tetibe problem plak. Tension tau!!

Takpelah. Blog sayang, mari wish Happy Aniversary kepada saya dan suami. Hehhe..


Alhamdulillah. Dah sebelas bulan pun usia rumahtangga kami. 

Di usia sebelas bulan, diakui banyak yang kami lalui. Suka dan duka. Langit tak selalunya cerah. Sedangkan lidah lagi tergigit. Kalau takut ombak gelora, jangan berumah di tepi pantai. indahkan bahasa kita? Hehe..
Di usia sebelas bulan ini, kami sudah bersedia. Bersedia dari segi mental dan fizikal. Bersedia dengan segala apa yang mungkin dan bakal terjadi. Walau apa pun keputusannya, kami sudah dan akan bersedia dengan segala sumber- sumbernya. Insyallah. Kalau jadi, saya tidak akan bercerita di sini. Kalau tak jadi, barulah saya kan hebahkan satu dunia. Apakah ia? Rahsia ;)

Last but not least, this is for my darling husband. ;)

 

Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu

Saturday 14 May 2011

Busy Like A Bee... Ngeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Lamanya tak update belog...
Assalammualaikum belog.

Kebelakangan ini sangat busy like a bee. Banyak benda nak kena selesaikan sampai pening kepala dan sakit hati juga. Sakit hati kerana banyak aktiviti sosial yang tidak berfaedah terpaksa diketepikan. Apakah? Hahahha..

Maklumlah, dah nak cuti sekolah. Tentulah busy. Sebelum bergembira di hari cuti tanpa sekolah yang heaven, kenalah bekerja secara bermatian- matian dahulu. 

Baru- baru ini, anak- anak didik saya baru selesai menduduki peperiksaan. Bila mereka sudah selesai memerah otak dan berhempas pulas menjawab soalan, kini tiba masanya hati gembira di hari raya  cikgu depa memerah otak dan berhempas pulas menanda kertas. 

Memang berhempas pulas ok. Markah perlu diserah secepat yang mungkin. Kalau tak, setiap hari dikejar oleh guru- guru kelas. Tak cukup tanah masa tu nak lari.

Tidak cukup dengan markah peperiksaan, ada banyak lagi report kena buat. Ini perlu report. Itu perlu report. Aissssshhh.. ingat ini balai polis ke apa. Nasib dah tiada parents datang sekolah report pasal I. Kah kah!

Dulu masa belum kahwin, saya ada ramai assistant yang sangat rajin dan boleh dipercayai. Kerja pasti siap dan insyallah, hasilnya bolehla saya menrik nafas lega. Dari kerja menaip soalan sampailah kerja menanda kertas soalan sampailah kerja mengisi markah dalam buku rekod, semua assistant leh buat. Asal ada upah la. Hahaha.. Assistant yang dimaksudkan ialah adik lelaki saya.

Lepas kahwin, susah sikit la nak suruh dia tolong sebab takleh nak pantau. Hahha..
Tapi, nasib baik dah hire assistant baru ;p

Kenalin assistant barunya.. ;)


Mak aiii...Serius giler.. Hehhee..
Saya terpaksa meminta pertolongan suami untuk men'total' markah kerana sesungguhnya saya alergik nombor!

Terima kasih la kepada suamiku tersayang kerana menolong menyiapkan kerja ye. Kalau tak tolong, menangislah nak siapkan kerjaan ini T___T

Dan inilah hasilnya...

Ye, saya tahu mereka pandai.. Sila tengok dulu siapa teacher mereka. Kah kah!
Ini kertas senang and first class pupils bolehla. Kalau kelas belakang, ampun!!

Last but not least, Happy Teacher's Day to me!!!