Wednesday 21 December 2011

Kerja Baru

Assalammualaikum 

A very good morning to all. 

An old photo of us. One of the most romantic i guess. haha!

Another Wordless Wednesday? Umm.. I dont think so. Hehe. 

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Beberapa hari je lagi kan? Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik gak, dah nak habis cuti sekolah which is NOOOOOOOOOOOOOOOO! Tetibe meroyan plak. Haha..

Speaking of sekolah, umm.. Belum kasi tahu pada belog kan yang tahun hadapan saya akan berpindah ke sekolah baru? Well yeah. Starting on next year, saya akan dapat sekolah baru. Syukur alhamdulillah. Sekolah baru lebih dekat. Sebelah rumah. 3 minit perjalanan berkereta. Dah test drive dah. Haha.. Tapi next year mungkin saya akan berbasikal. Lebih sihat dan environment friendly gitu. Cess! Haha..

Tahun baru ini bakal memberi pengalaman baru buat saya dan suami. Banyak perkara baru yang bakal kami lalui dan saya sendiri tak tahu bagaimana kami menempuhinya. Bagaimana saya menempuhinya. Mampukah saya? Mampukah suami? Heee.. jangan dramatik sangatlah. 

Rutin hidup kami mungkin akan berubah selepas ini. Harap- harap ini akan menguatkan tali silaturrahim antara kami. <<<<<-------- Apa yang kau merapik ni ha??? Haha.. Ini namanya isteri giler boring dok rumah sensorang. 

Tapi, I'm kinda like this moment. Setiap pagi saya bangun seawal 5 pagi nak buat breakfast. Jangan nak yopo- yopo (poyo-poyo) sangatlah. Orang lain bangun 4 pagi tak bising pun. Eh, kau apa tau? Aku tak biasa tau? Tentulah menjadi satu kebanggaan yang harus dicanang satu belok..Hehe.. Saya rajin. Buat breakfast. Kalau mama tau ni, tentu dia bangga jugek.. Haha! 

Dah lepas tu, kejut suami lak. Alaaa.. liat no nak bangun pagi. Sian pun ade. Macam dia kata, rasa baru balik keje, dah nak kena gi kerja lagi. Kasihan my hub! Mengejutkan suami bangun pagi adalah suatu pekerjaan yang sangat challenging kau tahu? Susah bebeno. Ugut nak siram air baru cepat- cepat nak bangun. 

Melihat suami bersiap hensom- hensom nak gi kerja adalah satu kebahagiaan juga. Walaupun jelos sedikit ketika rambut disisir tepi (sekarang tak mainle sikat tengah. Haha!) ataupun ketika CKFree disembur, hati tetap kena tabah. He is mine. Forever. Kahkahkah! Memang emo lebih. Setiap hari mesti nak kena pesan, keja bebaik. Jangan nakal- nakal. Jangan ngurat orang lain. Aja tunggu kamu kat rumah setiap hari tau! I am a jealous wife, u can tell! Mestilah. Siapa tak sayang laki oiiii! Saya tak akan pernah sanggup berkongsi lelaki ini dengan sesiapa. This is a warning! Haha.. Kau hado?

The sweetest moment tentulah saat menghantar beliau ke tempat kerja. Sweet tak dihantar ke tempat kerja setiap hari oleh isteri tersayang? Baik cakap sweet sekarang atau...! Suami saya masih under training, jadi haruslah jimat kos minyak. Pergi naik bas secara beramai- ramai. Memula dulu dia drive, tapi bila tahu ada bas, dia nak naik bas. Jimat dan isteri dia pun boleh guna kereta berjalan- jalan kalau boring. Syyhhh! hehe..

Dulu, suami yang menghantar dan menjemput saya ke sekolah. Setiap hari. Sekarang giliran saya pula. I love it! Saya akan hantar dan tunggu sampai bas mereka bergerak. Kalau saya terror, saya follow belakang bas. Dengan itu saya akan menghantar suami dengan ekor mata sehingga kelibat bas yang terakhir. Saya rasa moment itu sangat bahagia. Saya rasa puas dapat buat sesuatu yang baik untuk suami. 

Then, jam 6 petang saya sudah sibuk menyipkan makan malam. Saya selalu skip lunch sebab kalau makan seorang tak best. Haha! Jadi, saya makan dinner dengan suami. Lepas dinner ready, saya siap- siap nak ambil suami pula. Kadang- kadang tak sempat mandi pun. Brush and wash face je. Takpelah ada bau hangit bawang ke, minyak ke kan? Tu tanda wife kamu rajin. Haha. 

Saya suka bila suami mengenalkan saya sebagai isterinya di hadapan kawan- kawan barunya. Bangga! Bahagia! Haha! Then, sampai rumah, mandi, sembahyang, makan, watch TV, tidur. 

Quality time sekarang memang sangat terhad. I cant really have him 24/7 like before! Weekend pun cuma tinggal kenangan. No more lazy and fun weekend for us! Korban korban! 


Saya sedar sekarang, we cant take everything for granted! Not even once. Dulu bila dia ada di sisi kita setiap masa, kita selalu mengabaikannya. Selalu cari gaduh dengannya. Selalu sakiti hatinya. Sekarang, baru tahu betapa pentingnya dia. Baru rasa rindu saja.

Saya akan hargai suami saya sebab saya sayang dia. 

ps: Saya rindulah nak bergaduh dengan suami saya. Malam masa dah terhad. Kami pun lama tak berjumpa. Diskas hal penting dan hargai masa yang ada sepenuhnya dan tiada masa nak bertekak macam dulu. Ini bagus tapi saya rindu. T__T

No comments:

Post a Comment

What do you think?