Thursday 28 April 2011

Untuk Suamiku

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang..

Aduhai suamiku,
Jelaskan niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan rasul,
Suluhkanlah buatku,
jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan Cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Sweet tak sajak di atas?
Giler sweet kan? 
Tapi, bukan I yang tulis sajak tu. Bajet sasterawan negarakah I nak tulis sajak bagai. 
Actually dapat dari SINI
Thanx bagi share ya :))
Saya suka sangat sajak ni. Setiap baris bagai menggambar hati dan perasaan saya terhadap suami. 
Harapan dan impian dalam melayari alam rumahtangga yang memang super mencabar.
Sesungguhnya, setiap bait kata sajak ini adalah realiti.
Saya selalu berasa takut jika suami merasa bosan dengan saya. 
Kalau saya dah tua, dah tak cantik, akankah suami cari lain yang lebih muda lalu meninggalkan saya?
Saya tidak mahu. 
Cinta saya hanya untuk dia.
Cinta dia juga seharusnya milik mutlak saya. 
Selepas Allah dan rasulnya.
Saya suka rangkap yang terakhir. 
Kami memang selalu tidak sama.
Apa yang dia suka, belum tentu saya suka. 
Kami selalu berbalah pendapat. 
Tapi, itulah kebahagiaan. 
Haha..
Saya tak mahu suami saya berubah sedikit pun. 
Saya mahu dia yang saya kenal dari mula. 
Sebab itu yang membuat saya suka akan dia. 

Saya pula serba kekurangan. Harap dia dapat terima saya apa adanya. 

Sajak ini sungguh menyentuh jiwa. 

Suamiku, I Love You. 
:))



No comments:

Post a Comment

What do you think?