Thursday 28 April 2011

Untuk Suamiku

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
Jika diriku diterima kerana kecantikan,
Kau kan bosan bila ia beransur hilang..

Aduhai suamiku,
Jelaskan niat dan matlamat,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan rasul,
Suluhkanlah buatku,
jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan Cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Sweet tak sajak di atas?
Giler sweet kan? 
Tapi, bukan I yang tulis sajak tu. Bajet sasterawan negarakah I nak tulis sajak bagai. 
Actually dapat dari SINI
Thanx bagi share ya :))
Saya suka sangat sajak ni. Setiap baris bagai menggambar hati dan perasaan saya terhadap suami. 
Harapan dan impian dalam melayari alam rumahtangga yang memang super mencabar.
Sesungguhnya, setiap bait kata sajak ini adalah realiti.
Saya selalu berasa takut jika suami merasa bosan dengan saya. 
Kalau saya dah tua, dah tak cantik, akankah suami cari lain yang lebih muda lalu meninggalkan saya?
Saya tidak mahu. 
Cinta saya hanya untuk dia.
Cinta dia juga seharusnya milik mutlak saya. 
Selepas Allah dan rasulnya.
Saya suka rangkap yang terakhir. 
Kami memang selalu tidak sama.
Apa yang dia suka, belum tentu saya suka. 
Kami selalu berbalah pendapat. 
Tapi, itulah kebahagiaan. 
Haha..
Saya tak mahu suami saya berubah sedikit pun. 
Saya mahu dia yang saya kenal dari mula. 
Sebab itu yang membuat saya suka akan dia. 

Saya pula serba kekurangan. Harap dia dapat terima saya apa adanya. 

Sajak ini sungguh menyentuh jiwa. 

Suamiku, I Love You. 
:))



Shopping is a therapy?

Siapa suka shopping, sila angkat tangan cam saya. Hehhe..
Siapa yang tak suka shopping? Bagus betullah. 
Saya ni kaki shopping. Pantang lah nampak sesuatu benda, mesti nak beli. Padahal benda tu bukan penting pun. Tapi kalau tak kua duit beli barang, macam tak sah ke ape ntah. Risau sangat duit kat bank tu tak berusik. Hissssssshhh..


Dulu, saya takleh shopping sensorang. Pantang! 
Asal shopping sensorang, tetibe je tangan penuh dengan barang.
Asal shopping sensorang je macam- macam saya sambar.
Asal shopping sensorang je, sedar tak sedar, dah ratusan wang berterbangan.
T__T

Saya jenis yang shopping sorang- sorang. Ada orang suka shopping reramai sebab the more the merrier ye tak? Leh bagi pendapat lah ape ke kan?
But for me, the more, the pening kepale. Kah kah! 
Sakit kepala tau kalau ramai orang.
 
Saya ni jenis yang pemalu. Malu tau kalau orang asyik kutuk ape kesukaan kita. Ape ketidaksukaan kita.
Asal ambil baju ni, eiiii, tak sesuai la dengan kau.
Asal ambil kasut ni, eiiiiiiii, asal cam sliper jamban nih? (Padahal memang nak beli seliper jamban. Bukan ke seliper jamban paling heaven di dunia? )
 
Hello, annoying tau. Jadi, setiap kali ada orang lain bersama ketika saya shopping, percayalah, saya tidak akan bershopping.
Saya hanya akan bershopping kalau saya berseorangan. Masa tu, percayalah, beg shopping akan keliling pinggang. Tipu! hahha.. Tanpa sedar, duit dalam wallet pun makin tipis dan nipis.

Sekarang, saya dah jarang 'shopping' sebab saya sudah tiada masa bersendiri. Nak berjalan dengan happy macam dalam heaven kat Jusco secara solo? Jangan mimpi lah! Muka Jusco pun aku dah lupa camne. Lame betul dah tak ziarah dia kan?
Haha. Maklumlah, sejak kawen ni, paham- paham ajelah. Semua kena ikut budi bicara bos. Kalau bos baik hati nak ajak jalan- jalan, dapatlah jalan kat Jusco. Pelik kan? Padahal sebelum kawen, dia yang beriya- iya ajak kita gi sana, gi sini. Lepas kawen, semua dah lain. Lelaki semua memang camni ke?
T___T

Tapi, saya tetap bershopping. :))
Masih secara solo. Tanpa ditemani sesiapa. Malah, sangat privasi. Tiada gangguan salesgirl juga :)
Syaratnya, wang di bank mesti sentiasa ada. Oh ya, pastikan anda sentiasa up-to-date dan jari- jari sepantas cahaya. Jika tidak, terlepas lah lagi ;p

Sekarang tak payah gi Jusco lah nak shop shawl baru. Tak yah gi Jusco lah kalau setakat nak beli handbag baru. Replica AAA branded handbags lagi tau ;p
Baju apa lagi, bersepah just kena sure ukuran baju di badan sendiri lah.

Online shopping is fun!!
 
Saya akan beli di blogshop yang saya dah biasa je. Kualiti barangan terjamin. Blogshop yang saya pergi memang tak banyak. Kuantity tak penting tapi kualiti barangan mereka, alhamdulillah saya puas hati sangat. Yang penting, mereka blogshop yang boleh dipercayai. Tak tipu punya woo.. Bayar arini, esok or lusa barang dah sampai dan ready digayakan. Kalau tak basuh pun tak apa, tiada orang berani kata bau kedai. Hihi..

Jika saya baru lagi dengan blogshop tu, saya baca dulu feedback dari customer mereka.  Kebanyakan blogshop ada FB, so dari situ boleh tahu prestasi mereka camne kan? Kalau blogshop yang masih baru tu, frankly, saya tak berani cuba walaupun dia jual handbag yang memang giler-cun-nak-mampus-dah-lah-murah-plak-tuh!!! 
 
Best tau online shopping ni, sebab jimat masa dan tenaga. Nak kata jimat wang, cam tipu! Kah kah! Saya tetap dapat bershopping malah kadang- kadang leh dapat barang yang ekslusif tau terutama shawl. Sebab kebanyakan blogsop jual shawl yang memang special design. Kalau ada kat luar pun, saya perhatikan kualiti kain dan design memang jauh beza. Kalau balik rumah mak saya, makcik mesti suka tanya, 'cantiklah tudung kau. Beli kat mana?' Hehhe..Memang puas hati lah bila kat kampung saya seorang sahaja yang pakai shawl cantik. Leh la berlagak cakap camni, kau ada ke? (ayat yang selalu dicakapkan kat adik- adik. kah kah!)

Ini antara blogshop yang selalu saya habiskan duit gaji tetiap bulan ;p

 
Tapi, tulah, saya tetap rindu aircond kat Jusco! Nak jalan pegang- pegang tangan ngan suami tercinta sambil lepak depan Big Apple curi Wi-fi dia selama setengah jam sebelum masuk muvie. Alahaaii, rindunya ;)

Indahnya Cinta

by: Nidji

Oh jiwa muda
Mudah bercinta
Mudah putus juga

Hidup di dunia sementara
Pencarian di hati janganlah berhenti
Hai jiwa muda cepat kejar cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah

Oh jiwa muda
Jangan sampai mudah menyerah
Semua demi cinta
Hai jiwa muda pertahankan cinta

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua

Cinta masa muda
Cinta paling indah

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Cinta bukan permainan belaka
Cinta memang harus kita jaga
Cinta memang takkan pernah habisnya

Indahnya bercinta saat muda
Indahnya bercinta di dunia
Indahnya bercinta sampai tua
Cinta masa muda
Cinta paling indah
Menghiasi jiwa untuk selamanya
Cinta masa muda 

Currently addicted to this song :)
Btw, ingat lagi zaman friendster. Sebab terlalu addict dengan Nidji, profile name pun jadi NadjaNidji. 
Now, Nidji buat comeback. Yeah!! ;)

Sunday 24 April 2011

What Did I Do Today?

 First time dengar lagu ni di IKIM. Terus suka dah. Tenang je hati dengar. Rasa insaf. Lagu dia ada banyak lagi. Boleh search di u-tube 
 
 
By: Dawud Wharnsby

Oh the moon has come, the day is done,
the night has covered up the sun,
I have stood so often before you to pray,
but I wonder Allah, tell me, what did I do today?
Did I remember the words of Al-Fatihah?
Did I take time to thank you for all that I have?
Did I call on you to guide my way?
Tell me what did I do today?

I have whispered to you as I made Ru?ku
Subhana Rabey?yal Adheem.
But was my faith bright or grey?
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I smile at my brother?
Was I kind to my Mother?
Did I teach another something I know?
Or did my love of this world lead me astray?
Tell me what did I do today?

Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.
Sami Allah hu liman hamida
Rabbana Lakal Hamd.

Though I?ve bowed to you with my face in the dust,
Subhana Raby?yal a`la.
The blessings you give I could never repay.
Oh Allah, tell me, what did I do today?
Did I use my time?
Did I use my mind?
If I search my heart what will I find?
The light of your guidance is a glimmering ray,
Tell me, what did I do today?
Oh Allah, Tell me what did I do today?

Pengirim : Nabil Ali
 
 
kalau dah rasa tak bahagia kenapa masih nak bersama?

Saturday 23 April 2011

BFF

Hari ini hari yang gembira sebab dapat jumpa best friend sehidop semati. Over tau! Hihi..
Sahabat sejak zaman UKM sampailah ke maktab sampai lah sekarang and hopefully, sampailah bila- bila.
Means dah dekat 7 tahun kami bersahabat.
Dia seorang sahabat yang baik kalau tidak idak le awok gelarnya sahabat baik ye dak?
Sahabat suka duka.
Sahabat susah dan senang.
Dialah orang pertama yang tegur saya di UKM.
 Maklumlah, zaman muda saya, saya ialah orang yang suci lagi innocent lagi comel lagi supan lagi pemalu. Hehhe..
Dia kata dia kesian tengok saya tak ada kawan tu yang dia tegur. Adoiii.. alasan dia memulakan persahabatan amat mengecilkan hati saya kerana dia memperkecil- kecilkan saya.
But, since then memang kami menjadi best friend.

Kami sambung belajar bersama di Penang.
Ya Allah, memang jodoh kami panjang betul.
Dari UKM sampai la ke Penang.
Dari bujang sampailah dah kahwin.
:)

Kami selalu bersama kerana kami serasi bersama.
Kami tidak berdua.
Malah kami berlima.
All girls :)


Merekalah sahabat sejati saya.
Dulu. Kini. Selamanya.

Mari tengok gambar :P

With preggy mommy. Kurang lebih setahun yang lalu.

The latest us.. two of us.. err.. maybe 3 ;)

Introducing baby Aisyah Humaira binti Akmal Firdaus.

Me and Aisyah.. which is cuter? LoL..

Ibu was teaching Aisyah how to smile. Sounds like ibu mithali? Think again.

Aisyah and her new papa. Terkejut sangat the first time I heard him saying 'ala sayang papa..' It was the first time he addressed himself as papa (or daddy. or ayah. or bapak) to any babies ok. I'm touched :)


Okeh. That's a wrap. Two happy families took photo together before they went back to JB.
I have a good news.
My friend akan selalu turun sini (my place) since mereka ada urusan penting.
Jika semuanya berjalan lancar dan dimurahkan rezeki, mereka akan turun sekerap mungkin all the way from JB!!!
Sekerap dua bulan sekali?
Sekerap sebulan sekali?
Sekerap seminggu sekali?
Atau getah sekerap?
Hehehe..

Anyways, good luck to you friends!
Boleh selalu jumpa Aisyah.
Dan bolehlah ibu and mommy Aisyah bergossip girls sementara ayah and papa Aisyah bergossip cars, bussiness, money and bla bla bla..
:)

p/s: some of my friends cakap saya semakin kurus dan kurus dan kurus. Am I? Oh, how much i hate it!!!

Thursday 14 April 2011

Please Don't Stop Loving Me ;(

I'm so sorry for hurting you so many times, my love. But please don't stop loving me.
Please don't stop loving us.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Belum terlambat untuk kita sama-sama mencintai Dia. 
Semoga kita semua sentiasa menjadi pencinta yang setia 
Amin 
:)

Credit to Shea Syahirah for sharing this and now I'm sharing it with all of you who read this :)
As Shea said, lebih ramai yang share lebih baik.
The more the merrier :)

Happy 10th :)

Lamanya belog tak berupdate. 
Kinda busy.

Kalau belog lama masih ada, tentu readers saya tahu hari ini hari apa. Ceh, bajet kau serupa artis popularkah? Hahah.. Bukanlah.

Selalunya tarikh 12 atau 13 hb setiap bulan, entry saya akan special sikit. Heheh..

It's our anniversary :D

So, hari ini walaupun dah 14 hb, it's ok lah. Better late than never :)

Syukur, dah 10 bulan kami melayari alam rumahtangga.
Kami bahagia. 
Saya bahagia.
Saya harap dia juga akan sentiasa bahagia hidup dengan saya.

Saya sayang dia. Sayang sangat- sangat.

Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa dia.

Saya tak dapat bayangkan bangun pagi tanpa dia di sisi.
Saya tak dapat bayangkan hari- hari saya tanpa celoteh dia.
Saya tak dapat bayangkan pagi saya tanpa melihat baju dia penuh di dalam bakul. 
Saya tak dapat bayangkan hari-hari saya tanpa bacaan Al-Quran darinya yang menenangkan jiwa.
Saya tak dapat bayangkan kalau suatu hari nanti dia tak mahu bercakap dengan saya.
Macam mana nanti kalau suatu hari dia tak mahu lagi bernyanyi untuk saya?
Bagaimana nanti kalau dia berhenti memarahi saya?
Kalau dia tiada, siapa yang akan imamkan subuh, maghrib dan isya' saya?
Kalau dia tiada, siapa yang akan jadi clown untuk saya? Menghiburkan hati yang lara?


Saya tak mahu bayangkan!
Biarlah dia sentiasa di sisi saya setiap pagi, petang dan malam.
Biarlah dia menyanyi kuat- kuat di dalam kereta sambil perasan diri sendiri ialah mawi mahupun jamal abdilah.
Biarlah dia suka sepahkan baju dan penuhkan bakul walaupun rasanya baru semalam mencuci pakaian.
Biarlah dia marah secara tiba- tiba atau membuat orang marah secara tiba- tiba pun tak apa.
Kerana saya tahu, akhirnya dia juga yang akan pujuk saya. Dia juga yang akan belai saya. Dia juga yang akan dodoi saya. Dia juga yang akan usap air mata saya.


Dialah racun, dialah penawar.

Tuhan, terima kasih mengurniakan insan istimewa ini untuk hambamu.
Peliharalah rumahtangga kami.
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, Ya Allah 
Amin

Saturday 9 April 2011

Hate Being Myself


Kadang- kadang aku bosan jadi diri aku sendiri.
Kadang- kadang aku benci diri aku.
Kadang- kadang aku rasa sedih dengan diri sendri.
Kadang- kadang aku rasa tak berguna.
Kadang- kadang aku tak rasa diperlukan.
Kadang- kadang aku rasa aku ini membebankan.
Kadang- kadang aku marah pada diri sendiri.
Kadang- kadang aku rasa nak lari.
Pergi jauh dari sini.

Tapi........

Aku wanita yang tidak berkemampuan.
Aku wanita yang terlalu bergantungan pada sesuatu yang lain.
Setiap kali sesuatu terjadi, aku menangis semahu- mahunya.
Aku wanita yang terlalu lembut hatinya.
Atau aku wanita yang lemah sebenarnya?

Aku perlukan kasih dan sayang.
I need it damn much.
Ketahuilah sayang
:(

Monday 4 April 2011

Anda Sayang Suami Anda?

Dari dulu memang nak cakap pasal benda ni. Tapi, tak tahu nak cakap camne. Saya tahu segelintir kawan- kawan saya memang ada yang berpakaian seperti ini. Saya nak tegur, tapi saya tak tahu cara yang bagaimana harus saya menegur mereka. Cara yang paling halus dan berhemah supaya saya tidak menyinggung mana- mana pihak. Yelah, silap- silap boleh putus kawan lak kalau tersalah tegur kan? 

Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut di samping kita semua menyokong kempen ini, silalah luang- luangkan masa baca blog ini ok.





Ni pasal ramai sangat orang pompuan suka pakai legging. Tahu legging kan? Seluar yang paling ketat di alam semesta tu. Seluar kecik kita pun tak seketat itu lah.
Sampai sekarang saya masih tak faham kenapa orang pakai seluar macam tu. Kalau sayalah, baik tak payah pakai seluar kalau pakai legging. Serupa. Sebijik! 

Eii, malulah pakai legging. Lagi- lagi kalau wanita Islam. Lagi bertambah buruk dan kasihan kalau mereka bertudung. 

Please lah. Jangan jadi mangsa fesyen. Lagipun, bukan style mana lah pakai camtu. Ingatan untuk diri sendiri dan semua muslimah di luar sana, kalau nak pakai kat rumah untuk suami aje bolehlah. Tolonglah jangan pakai kat luar. Sudahlah haram, buruk pulak. 

Please, jagalah maruah kita semua.

Terima kasih.

Sunday 3 April 2011

Hiburkan Daku :)

 
Wanita dijadikan Allah lebih kuat emosinya berbanding kaum lelaki.

Memerlukan sokongan suami bagi meredakan ketegangan perasaan yang dialaminya.

Kesediaan suami mendengar luahan hati isterinya akan menjadikan hatinya terhibur dan kembali ceria.

(Dr. Siti Nor Bahyah Mahamood: Solusi)


Friday 1 April 2011

Bijak Dahulu, Bijak Sekarang.


 Bagi mengembalikan semangat berbelog, marilah kita bermula dengan satu kisah yang baik- baik dan memberi teladan kepada semua. Kisah ini berjudul ‘Bijak Dahulu, Bijak Sekarang’. Dan harap- harap bijaklah untuk selama-lamanya ye? 

Saya dan suami mula mengamalkan aktiviti menabung. 

Err, tapi sebelum kita pergi jauh, saya nak mintak maaf dulu lah. Belog saya berciri peribadi. Hanya berkisar cerita sendiri. Bukan niat untuk berkongsi dengan anda tapi lebih kepada catatan peribadi. Esok- esok, kemudian hari ceritera cinta kami tetap segar di hati. (Ayat cover supaya orang tak sakit hati dengan belog saya ini!) Kalau anda rasa belog saya tidak memberi ilmulah, tak berinfomatif langsunglah, hanya mempromote suami sendirilah, anda tidak payah baca lah. Ada ku kesah??

Berbalik kepada cerita bijak. Suami saya suka sepah- sepahkan syiling di atas meja solek. Rimas juga kan? Jadi, saya pun datang dengan idea bijak untuk meyimpan syiling- syiling itu di…. dalam botol. (serupa tajuk filemkah?) 

Mari kita melihat persembahan gambar. Saya memang suka entri bergambar :)

Duit ini suka bersepah- sepah atas dressing table.

Simpanan untuk masa depan yang lebih cerah :)

Model upahan :)

Kenapalah suka buat muka comel memalam cam gini? haha!

Teringat dulu masa kecik- kecik je yang galak simpan syiling dalam tabung. Dulu ada tabung ayamlah, nurilah, kelapalah. Dapat tabung baru, semangat giler nak simpan duit. Tabung berat sikit, senyum lebar kita kan? Tapi, selalunya usia tabung saya pendek sahaja.  Susah hati betul tengok tabung tu berat. Takut dia obesity memudaratkan nyawa. Jadi, pecahkanlah ia. Bila dah sekali dikorek, jangan haraplah nak sii lagi. Tak tahulah anda bagaimana? Kita serupa kan? Hahhaa. 

Bila dah besar, trend simpan duit dah jauh berbeza. Sekarang, main potong siap- siap dari gaji. Caruman KWSP kira simpanan juga apa? Belum lagi insuran itu, insuran ini. ASB loan lagi. Personal loan bukan ye. Itu memang kopak! Huhu! Setiap bulan memanglah sedih tengok slip tak cantik berpotong itu berpotong ini, tapi tanpa kita sedar, sebenarnya itu membantu kita menyimpan. Kalau nak suruh simpan duit sendiri kat bank, jangan haraplah. Itu sayalah, anda mungkin tak sama dengan saya bukan?

Ingatlah kata pepatah, sikit- sikit lama- lama jadi bukit. Kami dah ambil keputusan, duit dalam tabung kami akan gunakan waktu sesak sahaja. Tapi tiba- tiba ada idea bijak, duit raya tahun depan ambil dari sini je lah. Bagi sorang seketul. Bijak? Memang bijak!

Saya tidak boleh up date belog!!!

Saya blogwalking.

Ziarah belog kegemaran saya.

Sejak tiada belog, saya rasa agak ketinggalan.

Tak tahu berita dan perkembangan semasa.

Selalu kalau ada belog, saya tahu siape yang up date so leh la baca belog mereka.

Tapi, saya tak pernah ketinggalan baca beberapa belog kegemaran saya.

Ibarat kalau tak baca belog mereka, hari saya akan jadi tak best! 

Kalau mereka tak update belog lagi rasa nak nangis. Haha.. 


Hari ini rasa sangat gembira sebab blogger kegemaran saya up date belog secara pukal.

Dah dua hari pun tak buka belog beliau, sekali tengok- tengok ada banyak entri baru.

Kenyang baca belog lah jawabnya!!!

Somehow, baca belog dia membakar semangat saya untuk berbelog semula.

Terima kasih!!

Btw, semalam terima mesej dari sahabat. Seorang pembaca tegar belog saya. Dia juga guru belog saya. Seorang sahabat terbaik. Dia lah satu- satunya manusia yang menghantar mesej berbunyi 
' Weh, mana blog mu??'--->Saya terharu :)