Thursday 28 April 2011

Shopping is a therapy?

Siapa suka shopping, sila angkat tangan cam saya. Hehhe..
Siapa yang tak suka shopping? Bagus betullah. 
Saya ni kaki shopping. Pantang lah nampak sesuatu benda, mesti nak beli. Padahal benda tu bukan penting pun. Tapi kalau tak kua duit beli barang, macam tak sah ke ape ntah. Risau sangat duit kat bank tu tak berusik. Hissssssshhh..


Dulu, saya takleh shopping sensorang. Pantang! 
Asal shopping sensorang, tetibe je tangan penuh dengan barang.
Asal shopping sensorang je macam- macam saya sambar.
Asal shopping sensorang je, sedar tak sedar, dah ratusan wang berterbangan.
T__T

Saya jenis yang shopping sorang- sorang. Ada orang suka shopping reramai sebab the more the merrier ye tak? Leh bagi pendapat lah ape ke kan?
But for me, the more, the pening kepale. Kah kah! 
Sakit kepala tau kalau ramai orang.
 
Saya ni jenis yang pemalu. Malu tau kalau orang asyik kutuk ape kesukaan kita. Ape ketidaksukaan kita.
Asal ambil baju ni, eiiii, tak sesuai la dengan kau.
Asal ambil kasut ni, eiiiiiiii, asal cam sliper jamban nih? (Padahal memang nak beli seliper jamban. Bukan ke seliper jamban paling heaven di dunia? )
 
Hello, annoying tau. Jadi, setiap kali ada orang lain bersama ketika saya shopping, percayalah, saya tidak akan bershopping.
Saya hanya akan bershopping kalau saya berseorangan. Masa tu, percayalah, beg shopping akan keliling pinggang. Tipu! hahha.. Tanpa sedar, duit dalam wallet pun makin tipis dan nipis.

Sekarang, saya dah jarang 'shopping' sebab saya sudah tiada masa bersendiri. Nak berjalan dengan happy macam dalam heaven kat Jusco secara solo? Jangan mimpi lah! Muka Jusco pun aku dah lupa camne. Lame betul dah tak ziarah dia kan?
Haha. Maklumlah, sejak kawen ni, paham- paham ajelah. Semua kena ikut budi bicara bos. Kalau bos baik hati nak ajak jalan- jalan, dapatlah jalan kat Jusco. Pelik kan? Padahal sebelum kawen, dia yang beriya- iya ajak kita gi sana, gi sini. Lepas kawen, semua dah lain. Lelaki semua memang camni ke?
T___T

Tapi, saya tetap bershopping. :))
Masih secara solo. Tanpa ditemani sesiapa. Malah, sangat privasi. Tiada gangguan salesgirl juga :)
Syaratnya, wang di bank mesti sentiasa ada. Oh ya, pastikan anda sentiasa up-to-date dan jari- jari sepantas cahaya. Jika tidak, terlepas lah lagi ;p

Sekarang tak payah gi Jusco lah nak shop shawl baru. Tak yah gi Jusco lah kalau setakat nak beli handbag baru. Replica AAA branded handbags lagi tau ;p
Baju apa lagi, bersepah just kena sure ukuran baju di badan sendiri lah.

Online shopping is fun!!
 
Saya akan beli di blogshop yang saya dah biasa je. Kualiti barangan terjamin. Blogshop yang saya pergi memang tak banyak. Kuantity tak penting tapi kualiti barangan mereka, alhamdulillah saya puas hati sangat. Yang penting, mereka blogshop yang boleh dipercayai. Tak tipu punya woo.. Bayar arini, esok or lusa barang dah sampai dan ready digayakan. Kalau tak basuh pun tak apa, tiada orang berani kata bau kedai. Hihi..

Jika saya baru lagi dengan blogshop tu, saya baca dulu feedback dari customer mereka.  Kebanyakan blogshop ada FB, so dari situ boleh tahu prestasi mereka camne kan? Kalau blogshop yang masih baru tu, frankly, saya tak berani cuba walaupun dia jual handbag yang memang giler-cun-nak-mampus-dah-lah-murah-plak-tuh!!! 
 
Best tau online shopping ni, sebab jimat masa dan tenaga. Nak kata jimat wang, cam tipu! Kah kah! Saya tetap dapat bershopping malah kadang- kadang leh dapat barang yang ekslusif tau terutama shawl. Sebab kebanyakan blogsop jual shawl yang memang special design. Kalau ada kat luar pun, saya perhatikan kualiti kain dan design memang jauh beza. Kalau balik rumah mak saya, makcik mesti suka tanya, 'cantiklah tudung kau. Beli kat mana?' Hehhe..Memang puas hati lah bila kat kampung saya seorang sahaja yang pakai shawl cantik. Leh la berlagak cakap camni, kau ada ke? (ayat yang selalu dicakapkan kat adik- adik. kah kah!)

Ini antara blogshop yang selalu saya habiskan duit gaji tetiap bulan ;p

 
Tapi, tulah, saya tetap rindu aircond kat Jusco! Nak jalan pegang- pegang tangan ngan suami tercinta sambil lepak depan Big Apple curi Wi-fi dia selama setengah jam sebelum masuk muvie. Alahaaii, rindunya ;)

1 comment:

  1. saya tak suka shopping. online ke real ke, saya tak pandai shopping. haha. macam tak normal je kan. :P

    btw, bole je copy sajak tu. penulis buku tu yng punya. :)

    ReplyDelete

What do you think?