Saturday 14 May 2011

Busy Like A Bee... Ngeeeeeeeeeeeeeeeeee..

Lamanya tak update belog...
Assalammualaikum belog.

Kebelakangan ini sangat busy like a bee. Banyak benda nak kena selesaikan sampai pening kepala dan sakit hati juga. Sakit hati kerana banyak aktiviti sosial yang tidak berfaedah terpaksa diketepikan. Apakah? Hahahha..

Maklumlah, dah nak cuti sekolah. Tentulah busy. Sebelum bergembira di hari cuti tanpa sekolah yang heaven, kenalah bekerja secara bermatian- matian dahulu. 

Baru- baru ini, anak- anak didik saya baru selesai menduduki peperiksaan. Bila mereka sudah selesai memerah otak dan berhempas pulas menjawab soalan, kini tiba masanya hati gembira di hari raya  cikgu depa memerah otak dan berhempas pulas menanda kertas. 

Memang berhempas pulas ok. Markah perlu diserah secepat yang mungkin. Kalau tak, setiap hari dikejar oleh guru- guru kelas. Tak cukup tanah masa tu nak lari.

Tidak cukup dengan markah peperiksaan, ada banyak lagi report kena buat. Ini perlu report. Itu perlu report. Aissssshhh.. ingat ini balai polis ke apa. Nasib dah tiada parents datang sekolah report pasal I. Kah kah!

Dulu masa belum kahwin, saya ada ramai assistant yang sangat rajin dan boleh dipercayai. Kerja pasti siap dan insyallah, hasilnya bolehla saya menrik nafas lega. Dari kerja menaip soalan sampailah kerja menanda kertas soalan sampailah kerja mengisi markah dalam buku rekod, semua assistant leh buat. Asal ada upah la. Hahaha.. Assistant yang dimaksudkan ialah adik lelaki saya.

Lepas kahwin, susah sikit la nak suruh dia tolong sebab takleh nak pantau. Hahha..
Tapi, nasib baik dah hire assistant baru ;p

Kenalin assistant barunya.. ;)


Mak aiii...Serius giler.. Hehhee..
Saya terpaksa meminta pertolongan suami untuk men'total' markah kerana sesungguhnya saya alergik nombor!

Terima kasih la kepada suamiku tersayang kerana menolong menyiapkan kerja ye. Kalau tak tolong, menangislah nak siapkan kerjaan ini T___T

Dan inilah hasilnya...

Ye, saya tahu mereka pandai.. Sila tengok dulu siapa teacher mereka. Kah kah!
Ini kertas senang and first class pupils bolehla. Kalau kelas belakang, ampun!!

Last but not least, Happy Teacher's Day to me!!!


No comments:

Post a Comment

What do you think?