Friday 1 April 2011

Bijak Dahulu, Bijak Sekarang.


 Bagi mengembalikan semangat berbelog, marilah kita bermula dengan satu kisah yang baik- baik dan memberi teladan kepada semua. Kisah ini berjudul ‘Bijak Dahulu, Bijak Sekarang’. Dan harap- harap bijaklah untuk selama-lamanya ye? 

Saya dan suami mula mengamalkan aktiviti menabung. 

Err, tapi sebelum kita pergi jauh, saya nak mintak maaf dulu lah. Belog saya berciri peribadi. Hanya berkisar cerita sendiri. Bukan niat untuk berkongsi dengan anda tapi lebih kepada catatan peribadi. Esok- esok, kemudian hari ceritera cinta kami tetap segar di hati. (Ayat cover supaya orang tak sakit hati dengan belog saya ini!) Kalau anda rasa belog saya tidak memberi ilmulah, tak berinfomatif langsunglah, hanya mempromote suami sendirilah, anda tidak payah baca lah. Ada ku kesah??

Berbalik kepada cerita bijak. Suami saya suka sepah- sepahkan syiling di atas meja solek. Rimas juga kan? Jadi, saya pun datang dengan idea bijak untuk meyimpan syiling- syiling itu di…. dalam botol. (serupa tajuk filemkah?) 

Mari kita melihat persembahan gambar. Saya memang suka entri bergambar :)

Duit ini suka bersepah- sepah atas dressing table.

Simpanan untuk masa depan yang lebih cerah :)

Model upahan :)

Kenapalah suka buat muka comel memalam cam gini? haha!

Teringat dulu masa kecik- kecik je yang galak simpan syiling dalam tabung. Dulu ada tabung ayamlah, nurilah, kelapalah. Dapat tabung baru, semangat giler nak simpan duit. Tabung berat sikit, senyum lebar kita kan? Tapi, selalunya usia tabung saya pendek sahaja.  Susah hati betul tengok tabung tu berat. Takut dia obesity memudaratkan nyawa. Jadi, pecahkanlah ia. Bila dah sekali dikorek, jangan haraplah nak sii lagi. Tak tahulah anda bagaimana? Kita serupa kan? Hahhaa. 

Bila dah besar, trend simpan duit dah jauh berbeza. Sekarang, main potong siap- siap dari gaji. Caruman KWSP kira simpanan juga apa? Belum lagi insuran itu, insuran ini. ASB loan lagi. Personal loan bukan ye. Itu memang kopak! Huhu! Setiap bulan memanglah sedih tengok slip tak cantik berpotong itu berpotong ini, tapi tanpa kita sedar, sebenarnya itu membantu kita menyimpan. Kalau nak suruh simpan duit sendiri kat bank, jangan haraplah. Itu sayalah, anda mungkin tak sama dengan saya bukan?

Ingatlah kata pepatah, sikit- sikit lama- lama jadi bukit. Kami dah ambil keputusan, duit dalam tabung kami akan gunakan waktu sesak sahaja. Tapi tiba- tiba ada idea bijak, duit raya tahun depan ambil dari sini je lah. Bagi sorang seketul. Bijak? Memang bijak!

3 comments:

  1. carah masa depan...sikit2 lama2 jadi bukit..

    ** folo ur blog..

    ReplyDelete
  2. eh naxa dah ade blog daa ni dear,,

    ReplyDelete
  3. sekamar rindu: iye.. btl.. thanx following :)


    atiqah: eh, jumpe pulak blog i.. hehe.. rindulah nak belog.. :)

    ReplyDelete

What do you think?