Thursday 14 April 2011

Happy 10th :)

Lamanya belog tak berupdate. 
Kinda busy.

Kalau belog lama masih ada, tentu readers saya tahu hari ini hari apa. Ceh, bajet kau serupa artis popularkah? Hahah.. Bukanlah.

Selalunya tarikh 12 atau 13 hb setiap bulan, entry saya akan special sikit. Heheh..

It's our anniversary :D

So, hari ini walaupun dah 14 hb, it's ok lah. Better late than never :)

Syukur, dah 10 bulan kami melayari alam rumahtangga.
Kami bahagia. 
Saya bahagia.
Saya harap dia juga akan sentiasa bahagia hidup dengan saya.

Saya sayang dia. Sayang sangat- sangat.

Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa dia.

Saya tak dapat bayangkan bangun pagi tanpa dia di sisi.
Saya tak dapat bayangkan hari- hari saya tanpa celoteh dia.
Saya tak dapat bayangkan pagi saya tanpa melihat baju dia penuh di dalam bakul. 
Saya tak dapat bayangkan hari-hari saya tanpa bacaan Al-Quran darinya yang menenangkan jiwa.
Saya tak dapat bayangkan kalau suatu hari nanti dia tak mahu bercakap dengan saya.
Macam mana nanti kalau suatu hari dia tak mahu lagi bernyanyi untuk saya?
Bagaimana nanti kalau dia berhenti memarahi saya?
Kalau dia tiada, siapa yang akan imamkan subuh, maghrib dan isya' saya?
Kalau dia tiada, siapa yang akan jadi clown untuk saya? Menghiburkan hati yang lara?


Saya tak mahu bayangkan!
Biarlah dia sentiasa di sisi saya setiap pagi, petang dan malam.
Biarlah dia menyanyi kuat- kuat di dalam kereta sambil perasan diri sendiri ialah mawi mahupun jamal abdilah.
Biarlah dia suka sepahkan baju dan penuhkan bakul walaupun rasanya baru semalam mencuci pakaian.
Biarlah dia marah secara tiba- tiba atau membuat orang marah secara tiba- tiba pun tak apa.
Kerana saya tahu, akhirnya dia juga yang akan pujuk saya. Dia juga yang akan belai saya. Dia juga yang akan dodoi saya. Dia juga yang akan usap air mata saya.


Dialah racun, dialah penawar.

Tuhan, terima kasih mengurniakan insan istimewa ini untuk hambamu.
Peliharalah rumahtangga kami.
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, Ya Allah 
Amin

1 comment:

  1. sungguh syahdu dan romantik...semoga sentiasa berbahagia...^__^

    ReplyDelete

What do you think?