Tuesday 22 May 2012

Lelaki Saya

Assalammualaikum

Hari ini perasaan agak senang sedikit. Minggu ni budak- budak exam. So, cikgu dia relax ja. Hehehe..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab kan? How time flies.

Semalam ramai rakan FB yang mengingatkan sesama sendiri untuk baca doa bulan Rejab.

So, malam tu saya pun mengingatkatkan husband baca doa tu lepas sembahyang maghrib.

Then, konon- konon nak jadi isteri yang macam bijak sangatlah. Mula sesi soal jawab.

Isteri: Abang, kamu tau tak apa keistimewaan bulan Rejab.
Suami: Hmmm..
Isteri: Pertama: berlaku peristiwa isra' Mikraj.
         Kedua: solat 5 waktu diwajibkan kepada umat islam.
         Ketiga: berlaku Perang Tabuk.
Suami: Ada lagi peristiwa penting. Kamu lupa ke?
Isteri sambil tergopoh- gapah mengambil handphone. Kantoi di situ sebab bukanlah bijak sangat tapi sebab baru habis baca kat FB.

Isteri: Tade la. Itu aje.
Suami: Kamu kawen bulan Rejab. Kita kawen bulan Rejab. Kamu lupa ke?
Isteri: Err.. Tak lupa. Tak.. Tapi ingat kalendar yang lagi satu tu aje.. 

Haha..

Ape- apepun, sama- samalah kita perbanyakkan amal. tak kiralah bulan apa pun. yang penting beramal kerana Allah. Bukan kerana ganjaranNya. Kita semua percaya, janji Allah itu pasti. Kalau kita beramal keranaNya, pasti akan ada ganjarannya, bukan?

No comments:

Post a Comment

What do you think?