Thursday 15 November 2012

Setelah 2 Tahun :)

Assalammualaikum..

Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini menjadikan kita hambaNya yang lebih baik. Mari sama- sama berhijrah dari yang kurang baik ke yang baik. Dari yang baik ke yang lebih baik. Errr, harap fahamlah bahasa yang agak lintang pukang ini.. 

Saya memang dah lama plan nak beli satu barang ni. Nak hadiah kat suami. Kesian dia selalu mengadu benda yang sama. Cet. Taktik le tu. Haha. Takpelah, demi suami tercinta, I rela berkorban sedikit. Suami pun kan. Bukan orang lain. 

Sebenarnya banyak minggu jugak dah survey benda ni. Cuma belum ada rezeki nak beli. So, hari tu memang dah pasang niat nak belikan. 

Taaadaaa!!!!

















For him. Euphoria for men by CK. Boleh tahan la bau dia.


New perfume for him.

Kasihan. Sejak beberapa minggu belakangan ini mengadu asek sembur angin ja. Perfume dah habes. I buat dono ja. Hahha. Taulah tu nak mintak baru. Hehe. Suami saya kalau bab yang macam ni tak mungkinlah kot dia nak beli sendiri. Dia mahu tapi tak mahu beli. Jadi, taktiknya buat muka kasihan. Nasib baik I sayang you tau. 

Jadi, malam tu lepas dia balik kerja dah siap mandi semua, saya buatlah surprise ni. Gembira dia dapat hadiah. Kebetulan saya memang suruh promoter tu balut macam hadiah. Tapi hampeh, dia tak sempat buka sebab tak sabar- sabar nak keluar. Ada hal penting. Dia janji buka lepas balik. Tapi, ntah balik dah pukul berapa. 

Bawaklah ke pagi. Lepas bangun tidur saya paksa dia bukak jugak. Dia bajet jam rolex. Cet! Bukak- bukak yeay! Perfume. Takut gak dia tak suka baunya. Dia agak cerewet gak. Nasib baik kamu suka kan sayang.
Eheeem! Saya bukan beli satu tau! 

Taaadaaaaa… 













My new perfume! Yeay! Tak pasal- pasal kan? Hihi..

Hahaa.. saya sebenarnya nak beli sama macam yang lama iaitu perfume yang kami pilih masa buat hantaran kawen.  Suka sangat bau tu. Macam lelaki giler! Hahaa. Tapi, nak beli tu agak mahal. Dibandingkan kalau saya beli yang ini. Yang ni set. Men and women. Jadi, lebih berbaloi beli set yang ini le. Gembirakan hati suami dan hati isteri juga. Kah3. Bijak tak? 

Ni perfume hantaran kawen. Best sangat bau dia.

 
Kami bukanlah selalu beli minyak wangi ni sebab mahal kan? And bukanlah hobi kumpul minyak wangi penuh satu almari nak buat apa kan? Ni selepas dua tahun dan lebih baru melabur beli yang baru. Nanti dua tahun lagi baru kita beli lain ye sayang. Harap- harap time tu saya pulak lah yang dapat hadiah. Hahah. 

Dear husband, akhir kata, sayang I pada u akan sentiasa wangi macam perfume tu.  I harap u pun begitu juaaa.. ;p

No comments:

Post a Comment

What do you think?