Saturday 20 October 2012

Updates

Assalammualaikum.

Ya Allah.. Apa khabar semua?

Lama tak masuk sini. Bersawang dah. Ingat lagi dulu kate harap belog tak sunyi lah bagai.. hmmm.. hampeh.. haha. Saya sangat busy kebelakangan ini. Bebanan kerja seorang guru sangatlah banyak. Hishhh. Siapalah yang laser sangat hari tu cakap jadi cikgu relax? Kerja setengah hari, cuti banyak gaji penuh? Cubalah anda jadi seorang guru, baru anda boleh cerita macam mana hidup seorang guru yang kononnya kerja setengah hari tu. Setengah hari sangatlah kan?
Dah, saya bukan nak membebel pasal kerjaya saya yang suci ini. Hehe. 

      Niat di hati nak share banyak benda especially perjalanan 40 minggu saya yang indah kononnya ini. Errr, 40 minggu tu memang indah. No denial. Yang kononnya tu hasrat nak berkongsi. Memang konon sangat sebab tengoklah baru dua entri tulis. Huhu. Sedih. Banyak dah minggu berharga yang terlepas begitu sahaja. Jadi hari ni memang konon nak pulun habis. InsyaAllah. 


           1) Morning sickness.
As I said before, saya memang takde morning sickness. Alhamdulillah. Semua bagus- bagus sahaja. Cuma adalah masa nak masuk minggu 12 means 3 bulan tu selera makan saya jatuh teruk. Perut asyik lapar tapi langsung tak mahu makan. Saya boleh makan asalkan bukan masakan saya. Saya boleh masak no problem. Masa masak Ya Allah, aroma makanan tu memanglah sangat sedap macam mastercheflah konon yang masak. Tapi bila nak makan, langsung tak boleh. Hari- hari nangis sebab lapar ;(

Tapi, saya masih boleh makan kalau orang lain masak. Kalau kak  ipar masak ke, mama masak ke memang gembira habis. Suami? Err, dia busy, kerja yang memang kesian dia. Dah la balik kerja penat takkan nak suruh masak pulak kot kan? Paling teruk asyik beli kat luar je lah. Nasib baik dia baik hati nak layan karenah saya. Demi baby kan sayang.

           2)  Emosi.

Orang kata perut yang lapar hati tak senang. Jadi sepanjang tempoh tu saya risau sangat. Hari- hari menangis bukan saja sebab lapar tapi risau camne ngan baby kalau saya tak makan. Dia makan apa? Macam mana dia dapat zat makanan? Macam mana dia nak membesar dengan sihat? Macam mana perkembangan otak dia? Saya selalu nangis pastu mengadu kat husband takut kalau baby tak cukup zat. Saya nak dapat anak yang comel, yang sihat, yang kuat yang bijak. Camne ni??

 Huhu.. memang sepanjang pregnant ni saya emo habis. kalau ingat baby, saya menangis semahu- mahunya. Suami pun selalu bingung kenapa saya nangis. Dia tak buat salah tapi saya nangis. Dan saya pun satu jugak. Bila ditanya kenapa, saya tak mahu jawab. Diam aje. Tu yang orang sebelah pun emo jugak. Haha. Bila beritahu hal sebenar, hah kau. Jom kita makan kat luar. Sebab saya kata ape, saya lapar nak makan makanan sedap je. Kalau tak sedap tak mahu makan. Haha! Dasar! Memang saya sedih kalau tengah lapar gila tapi dapat makanan yang tak sedap. Kecewa sangat.

Saya mengadu kat kawan kat sekolah. Dia pun pregnant jugak. Dia cakap naza jangan nangis. Nanti baby pun kuat nangis. Mesti happy selalu. Err, saya tau tu. Tapi saya dah cuba. Sejak nak jadi ibu ni, saya memang emo sikit. Asal ingat baby, saya nangis. Saya rasa saya tak buat yang terbaik untuk baby. Rasa bersalah sangat kat baby T___T

        3) Sikap
Satu je sikap atau perangai saya yang saya perasan sejak pregnant ni. Saya memang super MALAS! Tolonglah. Badan tak bermaya. Longlailah bagai. Balik sekolah saya memang tak sempat dah nak naik bilik tukar baju ke on laptop ke ape ke macam selalu. Balik sekolah aje terus menghadap TV. Pastu sama ada saya tengok TV atau TV tengok saya. Nasiblah. Haha. Bila terbangun cepat- cepat gi semayang and siap- siap nak masak dinner untuk suami. Itu ajelah rutin harian saya. Sebab tu la banyak kerja saya yang tertangguh. Kerja sekolah konon bawakk balik nak buat memang harapan ajelah. Sambung bawak lagi gi sekolah esok pastu bawak lagi balik rumah dan begitulah. Sampailah betul- betul date line baru tetiba macam ada kuasa menghalau penyakit malas itu. Baby, u mesti ikut perangai baik mummy aje tau. Perangai buruk macam ni jangan ikut tau. T______T

Errr, itu aje kot nak cerita buat masa ni. Maksud saya entri ini. Entri ni dah jadi terlalu panjang and its not good. Haha. Kita bersambung di entri yang seterusnya. Till then, baby, I love u 


Baby, u are so adorable. I want u :)

No comments:

Post a Comment

What do you think?