Saturday 27 October 2012

Terlalu Banyak Perkara Yang Menggembirakan :)

Assalammualaikum..

Kebelakangan ini terlalu banyak perkara untuk dikongsi. Syukur alhamdulillah. Rezeki Allah ada di mana- mana. Bila- bila masa sahaja kalau Dia nak bagi Dia akan bagi. Pada sesiapa. Saya pernah dengar ustaz ustazah cakap, jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah. Allah itu Maha Mengetahui. Maha Pemurah. Saya cakap camni sebab saya juga hampir berputus asa. Tapi belum pernah sampai berputus asa lagi. Saya percaya rezeki itu ada tapi sebagai manusia yang lemah, kadang- kadang kita terlupa siapa kita dan siapa Dia. Kepada kawan- kawan yang masih menunggu hajat ditunaikan, teruslah berdoa kepadaNya. Insyalllah. Kalau sudah rezeki, tidak ke mana. Allah suka kalau kita terus berdoa dan berdoa  kepadaNya. Kita memang dijadikan untuk beribadat kepada Allah, bukan?

Oh, saya ada banyak berita gembira nak dikongsi. Sebenarnya patutkah saya cakap ramai berita baik untuk dikongsi? Hehe. Sebabnya beritanya satu sahaja yang sama. Yang berrlaku kepada ramai orang kesayangan di sekeliling saya. I'm blessed. We are blessed. Thanks Oh Allah :)

Mula- mula saya yang mendapat berita gembira. Mengandung lebih kurang sepuluh atau lebih saya mensuspek sesuatu. Saya ni kadang- kadang ada instinct yang kuat. Hehe. Pergilah buat bedah siasat. Yeay! Pengapit saya iaitu Cikgu Liyana juga mengandung! Alhamdulillah. Ehem.. Untuk pengetahuan semua, dia pengapit saya dan saya juga pengapit dia. Hehe.. Kontervesi betul bila  bukan anak dara jadi pengapit. Heee. layan ajelah labu. Jadi, saya memang sangat gembira.

Kenangan di Hari Besar kami :)

Satu lagi berita gembira. Kakak kesayangan saya iaitu Cikgu Diana juga mengandung! Ini paling surprise sekali sebab dia kata limit untuk dia mengandung dan bersalin 3 je. Sebab semua 3orang anak dia sebelum ni melalui cesarian. So tetiba mengandung anak ke empat memang rezekilah kan? Ya Allah happynya saya. Sebab kami bertiga iaitu saya, Kak Diana n Liyana adalah best friends masa di maktab. Kak Diana dah serupa kakak angkat malah famili dia pun dah macam famili angkat dah. Mama Papa dia kami panggil Mama Papa gak. Huhu. Sebelum kawen dulu, sebulan sekali mesti tidur rumah dia pastu lepak- lepak macam tade laki kat rumah. Memang pun. Heee.. Bila masing- masing dah kawen, tak boleh la camtu kan. Ah, rindunya nak berkumpul lagi. Kami memang plan nak jumpa cuti sekolah ni. Boleh shopping- shopping barang baby. Weeee!! Seronok perjumpaan kali ni sebab masing- masing bawak perut besar time tu. InsyaAllah :)

Kenangan bersama kakak angkat dan adik angkat :)
Kak Diana time ni pun tengah pregnant anak ketiga. Masih fasa morning sickness. Heee.. thans kak :)

And yang terakhir ialah best friend saya dunia akhirat, Nadia!! Kawan baik sejak di UKM merangkap rumet terhebat. Heee. Saya sayang dia sebab dia baik dan fun dan gonjeng! Haha. Baru je tau dia dah pregnant. About 3weeks. Tahniah Nad. Dulu kau kawen pun pun aku tak percaya, apalagi kau mengandung. Kau kan heartless camno la kau nak jadi mak nanti ye? Haaha. Jaga baby elok- elok. Ingat bukan baby yang jangan lasak- lasak. Kau yang jangan ganas- ganas tau. The first 3months please be extra super careful. Haha. Aku curik ayat Zol. Tak sangka kan? Hehe..

Sorry gambar ni gambar curi dari fb Nad. Masa dia kawen aritu memang tak sempat nak berfotogedik ngan pengantin sebab super busy. Banyak gambar ngan Nad dah tak sesuai nak publish sebab dia dah kembali bertudung. Tahniah Nad. I'm happy for u and Fairus :)


Ramai lagi yang pregnant tahun ni sebenarnya. Sangat produktif. Alhamdulillah. Marilah kita meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Kau peliharalah kami dan anak- anak yang bakal kami lahirkan ke dunia ini. Semoga semua akan menjadi pejuang agamaMu Ya Allah.

ps: Belum terlambat nak wish Selamat Hari raya Aidilahda to all muslims :)

No comments:

Post a Comment

What do you think?