Tuesday 4 September 2012

Pengalaman Pertama :)


Assalammualaikum. Hai kawan- kawan. Harap semuanya sihat. 

Saya sihat. Baby pun sihat. Hihi. Alhamdulillah :)

Minggu ni masuk bulan kedua. Hish, lambatnya masa berlalu. Kenapa saya tengok orang lain pregnant macam eh cepatnya? Rasa baru tahu u pregnant semalam arini dah nak bersalin? <<--- melampau. Hihi..

Mungkin saya yang terlalu tak sabar nak tunggu perubahan yang akan berlaku pada diri saya. Berdebar jugak sebenarnya. Yelah, kan orang kata 3 bulan pertama atau nama glamour dia first trimester tu sangatlah penting. The first crucial three months. Fuhhh. Tu yang berdebar sangat tu nak menghabiskan 3 bulan pertama ini. 

Seperti yang saya cakap, saya sihat je. Alhamdulillah. Setakat ni saya belum ada apa- apa alahan lagi. No morning sickness which is good I guess. Kan? Hehe. Kawan saya yang pregnant ada yang sampai tak boleh makan. Dia ada selera makan. Selalu lapar tapi setiap kali lepas makan, semua akan keluar balik. Kesian kan? Tapi sekarang kandungan dia hampir 4 bulan nak masuk 5 bulan dah. And guess what? Dia ialah mommie monster.. Haha. Asek lapar aje. Sampai nangis- nangis sebab lapar. Kira ni balas dendam aritu takleh makan kan? Hehe. Macam- macam kan? Setiap orang ada bahagian sendiri. 

Ada wife cousin suami saya pun pregnant juga. Anak kami mungkin sebaya sangat :)
Dia pun kesian. Hari raya aritu dengar khabar raya kat wad sebab alahan teruk. Muntah- muntah tak boleh makan sampai kena masuk air. Ya Allah, bersyukur sangat saya tak mengalami alahan macam tu. Untuk setakat ni. Harap- harap Allah lindungi kami.  

Setakat dua bulan awal ni, alahan yang saya alami mungkin alahan M besar iaitu MALAS. Err, ini bukan alahan. Ini memang sifat semulajadi. I born with it. Kah3. Tapi bila pregnant leh jadi tiket pengecualianlah kot ;p

Serious malas. Malas masak. Malas mandi. Malas wat kerja sekolah. Adoiii. Banyak dah kerja bertangguh ni tak siap- siap. Nak on laptop pun malas. Acanertujohan? 

Takpalah. Kawan saya cakap time camni mintak je apa- apa kat husband tentu dia bagi. Then I said, I wish! Ahah. Boleh je nak manje- manje ngan husband. Tapi kena tengok gak apebenda yang saya nak. Bukan semua benda saya cakap dia akan ikutkan. Dia seorang yang sangat logic ok. Kalau benda tu tak logic even atas nama pregnant, belum tentu dia layan. Kan dah cakap setiap orang ada bahagian masing- masing T_____T. But I love my husband. Love sangat! Macam dia selalu cakap, ada sebab dia tak boleh tunaikan. Ok :)

Tapi setakat ni saya tidak mengalami alahan yang pelik. Perlu ditekankan lagi malas tu tak pelik sebab saya memang malas. Itu normal ;p. 

Saya pun belum mengidam yang pelik- pelik. Tak adalah yang nak makan dinosaur. Eh? Siapa ye yang pregnant sampai nak makan dinosaur tu? Kiki.. Setakat ni yang memberontak sangat nak makan pastu malam- malam buta ialah roti bom dan roti bakar. Eh, apesal anak mummy daddy ni suka roti- roti je ni? Lengkali mintaklah pizza ke, spaghetti ke, kek resepi rahsia ke.. sedap sket nak makan.  Hehe. Syukur husband tunaikan walaupun roti bakar yang diidamkan sebenarnya kat oldtown white coffee tu. Aduiii terbayang- bayang butter yang melt dalam roti panas tu. Nyumm.. meleleh.. haha. Tapi husband was- was dengan tahap kehalalan toyyiban premis tersebut maka makanlah roti bakar made in mamak yang sebenarnya kalau rajin wat sendiri lagi sodapp!! Err, bukankah selama ini saya benci makan kat mamak? Oh man, pembawakan bayi. Aku pasrah T__T

Saya pun tak mahulah manjakan diri sangat untuk mengidam- ngidam atau bermanja berlebih- lebihan. Setakat yang mampu je. Bukan saya tak mampu berngidam- ngidam yang bermacam- macam tapi tengok kemampuan husband. Kesian suami saya. Selalu nak kena paksa buat tu buat ni. Balik kerja penat nak kena masak sendiri, basuh baju lagi, bagi itik makan lagi bagi ayam makan lagi buang sampah lagi. Kan penat. Eh, kau jangan ketawakan husband aku tau. Dia memang lelaki berciri melayu kampung sejati  bagi ayam itik makan tau. Kau hado?? Kalau boleh saya tak mahu susahkan dia tapi bukan saya yang nak susahkan. Serious bukan saya. Dia tiba- tiba je. Pastu nak emo. Huahua.. 

Sebab tu tak mahulah nak mintak macam- macam yang pelik. Nanti saya emo dia pun emo. Nanti derhaka camne susah nak beranak. Astaghfirullah al’azim. Harap- harap saya tak selalu marah husband saya. Suami, I love u so mucho- mucho. Hari- hari I cakap ngan baby daddy baik tau. Okay pasni leh belanje I tutti fruttiii. Eh?

1 comment:

  1. cicak kat rumah tu tak bagi makan sekali ke???hahahaha...tak sabar nak tgk perut u membesar..mesti cumil mcm mommy monster...ekekekeke..

    ReplyDelete

What do you think?