Monday 28 March 2011

Mana perginya?

Sejak belog lama tiada, saya dah tade semangat nak menulis.
Tapi saya rindu sangat nak menulis.
Belog baru tak sama dengan belog lama.

Tengoklah belog ni.. 

KOSONG

SUNYI

SENDIRI

AKU BENCI!
Saya cuba memupuk minat menulis belog. Saya ada banyak benda nak cerita. Setiap kali, walau ape saya buat, ke mana saya pergi, mesti saya ambil gambar. Jiwa seorang blogger. Buat ape- ape mesti nak ambil gambar supaya dapat buat satu entry.
Huhu. 

Kenapa saya berhenti belog lama eh?
Susah nak cerita. Biarlah. Biarlah saya yang tahu.
Bagilah kekuatan untuk saya menulis yang baru.
Sejarah baru.

Setiap hari saya tengok ‘stats’. Tapi dukacita.
Walau itu yang saya mahu semasa saya mula belog baru.
Tapi mengenangkan pencapaian belog lama yang sangat membanggakan buat diri saya, saya sedih.

Belog baru, kalau boleh, saya tak mahu siapa pun baca. Belog ini saya seorang saja yang baca.
Takpelah. Asal saya ada tempat meluah perasaan hati, dah cukup bagus.

Blog, please stay with me. 

Saya tak rasa ada orang tahu saya sudah berhenti belog sebab tiada siapa yang semacam bertanya khabar.
Jelas kan? Penulisan saya tiada siapa yang dengar. Tak memberi kesan di hati. 
Mungkin hanya belog picisan. 
Mana setanding bloggers ternama.
Tidak mengapa. Saya menulis bukan kerna nama.
Hanya menulis luahan hati.

No comments:

Post a Comment

What do you think?